Soalan-soalan Lazim Mengenai Kad Medikal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kebanyakan hari ini telah mula sedar untuk mengambil pelan insurans / takaful beserta kad medikal. Jadi ada beberapa soalan yang kerap ditanya oleh klien-klien atau prospek mengenai kad medikal

 

#. Kalau masuk hospital bukan panel, macam mana – contoh masuk hospital kerajaan?

Boleh masuk hospital, tapi urusan bil perlu dibayar dulu sendiri dan failkan segala dokumen berkaitan dengan urusan tuntutan. Masih bergantung syarat dan pengecualian polisi anda.

#. Macam mana dengan urusan di hospital apabila cuti umum / hujung minggu?

Masih berjalan seperti biasa. Proses urusan kemasukan / keluar hospital di bawah HAS. Urusan lain, seperti pengeluaran dan lain-lain, diuruskan pada hari bekerja.

#. Kenapa sebelum masuk hospital, ada hospital minta bayaran?

Ini adalah polisi hospital. Ada hospital mengenakan bayaran untuk caj-caj yang tidak berkaitan dengan rawatan – caj ini tidak dilindungi oleh Prudential (perlindungan hanyalah untuk perkara yang berkaitan dengan rawatan sahaja). Contoh; caj kemasukan hospital (admission fees), caj telefon (jika pakai), beza caj bilik dan kad medikal, dan ko-insurans / ko-takaful (bergantung apa jenis polisi anda, hari ini kebanyakannya adalah full coverage)

#. Apa terjadi, kalau saya tak bawa kad medikal apabila masuk ke hospital? 

Anda boleh minta pegawai hospital, minta Letter of Undertaking untuk mendapatkan Initial Guarantee Letter, dengan memberi maklumut kad pengenalan anda. Pihak hospital akan hubungi, untuk dapatkan maklumat, proses kenalpasti polisi seperti status dan jenis perlindungan. Jika semuanya tiada masalah, akan diterima masuk ke hospital menggunakan insurans / takaful.

#. Ini boleh pakai (kad medikal) di luar negara tak?

Kad medikal hanya berfungsi di Malaysia sahaja, dan hanya di hospital panel. Jika berlaku apa-apa di luar negara, failkan segala dokumen untuk tuntutan dan proses dilakukan di Malaysia. Masih terikat dengan syarat polisi – contoh: perlindungan 90 hari pertama di luar negara.

#.  Kad medikal saya hanyalah untuk bilik bernilai RM200. Kalau saya pilih bilik yang lebih selesa misalnya?

Ya, anda boleh pilih ikut keselesaan. Contohnya, anda masuk ke bilik harga RM300. Lebihan, RM100 itu ditanggung sendiri (tidak ditanggung di bawah insurans / takaful) dan diselesaikan apabila keluar nanti.

#. Boleh ke saya masuk menggunakan kad medikal insurans / takaful tapi apabila keluar saya membuat keputusan untuk menggunakan perlindungan saya dengan majikan saya bekerja sebelum Final Guarantee Letter keluar?

Boleh. Pastikan anda membayar semua caj-caj berkaitan. Jikalau selepas ini, anda bertukar fikiran mahu menuntut semula melalui insurans / takaful – pastikan segala dokumen lengkap. (reimbursement)

#. Apa lagi yang perlu sebelum masuk ke hospital? Jika keadaan, rawatan dijalankan by appointment.

Pertama sekali, tanya adakah keadaan sakit itu memang perlu masuk ke hospital? Atau ada pilihan untuk rawatan dirumah atau rawatan harian (day care)? Selepas itu, pilih mana-mana hospital panel yang anda mahu, kebiasaanya yang dekat atau hampir dengan kediaman anda. Tanya pihak hospital, anggaran kos dan berapa hari anda perlu berada di hospital. Jikalau ada kesulitan, lebih baik hubungi ejen anda untuk bantuan.

#. Jika kemalangan, tidak sedar. Bagaimana urusan kemasukan ke hospital?

Apabila kemalangan, pihak yang berada disekitar pasti akan menghantar anda ke institusi yang terdekat yang bukan hospital panel. Anda boleh berada di hospital bukan panel, dan minta untuk dipindahkan ke hospital panel. Atau, teruskan rawatan di hospital bukan panel sehingga selesai. Selesaikan bayaran dan caj, dan urusan tuntutan dibuat kemudian (reimbursement).

#. Perkara lain yang saya perlu tahu ketika kemasukan ke hospital?

Anda boleh rujuk entri sebelum ini: Panduan Serba Sedikit Ringkas Nak Masuk Hospital dan Keluar Hospital

#. Apa yang boleh saya tahu mengenai hak-hak saya sebagai pesakit?

Anda boleh rujuk laman web ini: Patient’s Right dan Patient’s Responsibilities. Lain, anda boleh rujuk kepada entri ini: Hak Seorang Pesakit

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s