Cara-cara mendapatkan Laporan Perubatan (Medical Report)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebagai seorang ejen, antara perkara yang saya kerap buat (walaupun bukan kerja saya sebenarnya) adalah mendapatkan laporan perubatan untuk pelanggan-pelanggan saya.

Pesakit, keluarga atau ejen yang dilantik (lantikan menggunakan surat kebenaran atau consent letter) boleh meminta laporan perubatan daripada pihak hospital untuk tujuan tuntutan insurans / takaful, rebat, pengesahan ketidakupayaan, pihak SOCSO atau mendapatkan pandangan kedua bagi mendapatkan rawatan di tempat lain.

Ini hanya pandangan peribadi saya, dan pengalaman saya. Lebih baik rujuk kepada pihak hospital, penerangan lebih lanjut bagaimana hendak dapatkan laporan perubatan yang betul.

Sebelum itu, anda kena faham jenis-jenis borang yang ada terlebih dahulu iaitu:

  • Borang tuntutan insurans / medical reimbursement.
  • Borang APS – attending physician statement / questionnaire.
  • Laporan EPF – saya tak ulas.
  • Laporan SOCSO – saya tak ulas.

 

Borang Tuntutan Insurans / Medical Reimbursement

Anda boleh dapatkan borang ini melalui ejen anda atau syarikat insurans / takaful. Borang ini perlu diberi kepada jabatan / bahagian laporan perubatan di hospital, boleh diperolehi selepas anda keluar dari hospital samada terlantar di wad atau selepas menerima rawatan luar sahaja. Bahagian penting di sini, perlulah ditandatangani oleh pesakit sahaja. (Saya akan menerangkan jikalau bukan pesakit, di bawah ini)

Borang APS – attending physician statement / questionnaire

Borang ini di-isukan / dikeluarkan oleh syarikat insurans / takaful anda. Ianya dikeluarkan untuk mendapatkan maklumat dan sejarah-sejarah lama anda dirawat di hospital ini. Kebanyakan akan diminta, apabila pelanggan itu baru sahaja membuat permohonan memiliki insurans / takaful (kadangkala tuntutan insurans / takaful, menggunakan borang ini).

Soalan-soalan tambahan (questionnaire) juga perlu dijawab oleh pihak hospital yakni doktor yang merawat, untuk mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai keadaan pesakit sebelum, sekarang atau akan datang.

Sebaik-baiknya, berilah surat pengesahan bertulis kepada pihak hospital dengan memberitahu bahawa laporan ini perlu dikeluarkan dan perlu diberi kepada pihak syarikat insurans / takaful untuk tujuan permohonan baru / tuntutan baru. Format menulis surat, ada pihak hospital tidak kisah. Ada pihak hospital, membenarkan menggunakan surat kebenaran dari hospital sahaja – contoh hospital awam. Pengalaman saya, hospital PPUM di Petaling Jaya dan Hospital Putrajaya.

Ini adalah contoh surat kebenaran (consent letter):

Adib Yazid Consent Letter.jpg

Bayaran / Caj Mendapatkan Laporan Perubatan

Terpulang kepada hospital tersebut. Ini adalah rujukan saya, dari hospital Tropicana Medical Centre.

  • Insurance Claim Form – RM115
  • Comprehensive Medical Report / APS – RM140
  • Medical Report for SOCSO – RM115
  • Medical Report for EPF – RM115
  • Medical Report for EPF estimated cost of operation – FOC
  • Duplicatin Investigation Report / Medical Certificate – RM0.50/copy

 

Tempoh Mendapatkan Laporan Perubatan

Juga, terpulang kepada hospital dan kebolehan doktor menyiapkan laporan. Saya pernah terkena, apabila doktor terbabit bercuti melancong ke luar negara, menghadiri seminar – maka saya terpaksa menunggu doktor itu masuk bekerja.

Secara amnya, 14 hari waktu bekerja untuk hospital panel / swasta. Untuk hospital awam / kerajaan – sebulan pun belum tentu boleh dapat. Faham-faham sahaja. Apabila siap, pihak hospital akan menghubungi anda. Anda boleh dapatkan melalui surat atau ambil di hospital.

Untuk lebih mudah (jika tiada masa nak ke hospital), lantik ejen anda membantu anda mendapatkan laporan perubatan ini. Gunakan contoh  consent letter di atas.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s