Contoh Bantahan Jualan & FAQ 001

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ini adalah contoh-contoh Bantahan Jualan atau FAQ (frequently asked question). Bawah ini, datang dari seorang prospek yang sudah jadi pelanggan saya.

 

 

  1. Jika sesuatu yang tidak diingini terjadi pada anda sebagai ejen. Bagaimana saya memilih ejen yang baru? Boleh tamatkan kontrak? Pilih ejen baru yang diingini?

Jawapan: Sebagai seorang pemegang polisi Prudential BSN Takaful Berhad (saya akan gunakan PBTB sahaja selepas ini), anda sebenarnya mempunyai kontrak atau perjanjian dengan PBTB – bukan dengan ejen. Tugas ejen adalah akses untuk memudahkan pengurusan anda dengan PBTB terutama dari segi tuntutan.

Sebagai ejen, memang ada risiko seperti sakit, kematian atau tidak bersungguh-sungguh (berhenti dari menjadi ejen). Jika berlaku pada begini, anda berhak untuk menukar ejen anda kepada ejen yang anda senang untuk dihubungi / berurusan.

Tak perlu untuk tamatkan kontrak. Anda akan kerugian sebab bermula semula pelan polisi anda.

 

  1. Senarai Hospital Panel?

Jawapan: Untuk senarai hospital panel anda boleh rujuk laman ini:

https://www.prubsn.com.my/PruBSN/CaringForYou.jsp

 

  1. Selalunya disebut kelebihan PBTB. Bagaimana pula kekurangan PBTB berbanding pakej insurans / takaful lain? (PUA & IUA)

Jawapan: Kalau dilihat dari segi pakej, sentiasa ada inovasi dan perubahan setiap tahun. Kesemua insurans / takaful akan sentiasa untuk berubah menjadi lebih baik. Siapa yang mahu jadi kurang daripada orang lain?

Tambahan, saya dibawah selia Bank Negara Malaysia, tidak boleh sentiasa membuat perbandingan pelbagai insurans / takaful pelan dari syarikat lain. Tapi saya akan menjawab berdasarkan pandangan klien-klien saya.

Kalau mahukan dari segi teknikal mengenai PUA (protection unit account) – berdasarkan pandangan dari klien-klien saya; PBTB pelan dikatakan agak mahal sedikit daripada pihak lain. Kenapa ianya mahal? Pelan ini dicipta berdasarkan pengiraan peningkatan taraf kehidupan dan kenaikan bil hospital saban hari. Jadi anda akan bermula dengan premium yang mahal.

(Syarikat insurans / takaful lain, bermula dengan murah tapi akan ada revision menyebabkan pertambahan jumlah caruman setiap tahun.)

Kalau ingin melihat kekurangan IUA pula (investment unit account), syarikat insurans / takaful yang dikendalikan oleh bank (dalam bahasa industri insurans, mereka dikenali sebagai BANCA) – pelaburan mereka boleh ‘menjanjikan’ agak tinggi. Kenapa boleh begitu? Sebab operasi utama mereka adalah ‘mencipta wang dari wang’ – pelaburan. Manakala Prudential BSN Takaful Berhad, bisnes utama mereka adalah produk perlindungan. Kebanyakan pelanggan PBTB memandang kepentingan perlindungan berbanding pelaburan.

 

4. Jika ada sesuatu yang boleh ditambah baik pada servis atau lain-lain, apakah dia? Apakah topi yang selalu dikomen oleh para pelanggan insurans anda?

Jawapan: Servis adalah sesuatu yang sangat umum. Setiap pelanggan mahukan servis yang adakalanya luar jangkaan dan tidak masuk akal.

Secara amnya, servis yang saya WAJIB saya penuhi adalah 3 perkara ini:

  1. Kemasukan ke hospital – kebiasaan pada kali pertama menggunakan insurans / takaful, pelanggan akan tidak faham bagaimana prosedur sebenar walaupun sudah diberitahu melalui buku polisi. Insha Allah saya akan mempercepatkan proses kemasukan dengan memastikan Initial Guarantee Letter dan Final Guarantee Letter boleh dikeluarkan mengikut prosedur 1 – 2 jam.
  2. Tuntutan (bagaimana melakukan tuntutan) – proses menyiapkan tuntutan yang perlu dillakukan secara manual (proses isi borang, mendapatkan laporan doktor, penyediaan resit dan dokumen rasmi) adalah leceh. Kebiasaanya, pelanggan saya akan memberi bidang kuasa (consent) khas untuk akses maklumat perubatan di hospital anda pernah rawat, sehinggalah tuntutan insurans di depositkan ke akaun anda.
  3. Semakan bayaran dan tuntutan cukai – semakan bayaran boleh dibuat sendiri melalui telefon terus ke PBTB. Tapi saya faham mengenai kesibukan bekerja. Saya boleh semak secara senang. Para pelanggan saya kadangkala ingin membuat pelepasan cukai pendapatan, saya akan sediakan penyata maklumat insurans sebagai persedian pengiraan cukai pendapatan

Servis ini akan diberi dengan syarat, apabila saya call/whatsapp/sms di balas (segera ataupun kemudian).

Topik selalu dikomen terlalu besar. Ada pelanggan suka bertanya mengenai keadaan semasa dalam industri insurans. Ada juga yang mahukan akses dari saya selain daripada insurans: pelaburan hartanah, penyediaan wasiat, ilmu mengenai amanah saham, pasaran saham Bursa KL. Ada juga meminta tips-tips kewangan dari saya dan nasihat mengenai bajet kewangan.

 

  1. Jika bayaran lewat had 30 hari, apakah yang akan terjadi?

Jawapan: Kalau polisi anda baru sahaja (kurang dari setahun), kalau lewat 30 hari polisi anda akan tamat dengan bernotis. Kalau polisi anda lebih dari setahun , kemungkinan polisi anda masih aktif.

Tuntutan boleh dilakukan tapi akan ada sulit sedikit, adakalanya meminta anda selesaikan dahulu jumlah tertunggak, baru jumlah tuntutan akan didepositkan untuk anda.

 

  1. “Sekiranya jumlah perlindungan asas melebihi RM4 juta” Jika bayaran bulanan rm 500, bermakna tempoh 8000bulan atau 666 tahun untuk melebihi nilai diatas.

 Sila jelaskan/ kurang jelas.

Jawapan: Ini adalah berkaitan dengan Akta Insurans. Setiap orang Malaysia anda boleh mempunyai nilai jumlah perlindungan asas (kematian) hanyalah sehingga RM4,000,000 sahaja.

Tidak boleh lebih.

 

  1. Secara purata bagi keseluruhan ahli, berapakah nilai purata insurans setiap ahli yang digunakan setahun/sepanjang hayat ( median)?

Jawapan: Purata setiap tahun sentiasa berbeza. Misalnya tahun lepas banyak berkenaan demam denggi dan isu MH370 dan MH13, jadi puratanya tinggi.Hendak menggunakan nilai purata insurans tidak adil nak guna pakai dalam soal ini.

Penyediaan statistik untuk kad perubatan ada dan jumlah manfaat kematian ada. Mengenai manfaat kematian, Malaysia di dikatakan ‘under-insured’. Nilai insurans yang mereka ada tidak cukup. Sepatutnya, nilai manfaat kematian adalah 10 kali ganda dari jumlah pendapatan setahun. Tapi kebanyakan, terutama bangsa Melayu hanyalah 1 tahun pendapatan sahaja.

Mengenai statistik kad perubatan, juga berbeza mengikut range umur. Saya ada laporan statisk insurans tapi dalam hardcopy (setiap 3 bulan).

 

  1. Mengapa kos tabarru meningkat mengikut usia dan bukan statik?

Jawapan: Dalam merangka pelan insurans / takaful, kena lihat mengenai morbidity table dan mortality table.

Morbidity berkaitan peratusan setiap golongan umur, berapa peratus akan sakit? Mortality berkaitan peratusan setiap golongan umur, berapa peratus akan mati?

Ada 1000 orang berumur 5 tahun, dan ada 1000 orang berumur 60 tahun. Secara logiknya, kumpulan mana yang ramai sakit dan ramai mati?

Berdasarkan mortality dan morbidity peratusan ini, untuk memastikan tabungan tuntutan insurans / takaful sentiasa berterusan ada untuk menampung ahli yang sakit dan meninggal dunia, kos tabarru meningkat setiap tahun – tapi nilai caruman anda setiap bulan / tahunan tidak berubah. Macam mana boleh jadi macam tu? Sebab macam saya cakap di soalan 3, anda bermula dengan sedikit ‘mahal’ – jumlah lebih itu akan disimpan dan akan menampung kos tabarru dikemudian hari.

 

  1. Bagaimana pecahan daripada RM200.

RM 180 ke PUA

RM 20 ke IUA. / nama/jenis fund/senarai fund wang ini dilaburkan.

Jawapan: Sebenarnya dalam quotation itu sudah disebut kemana duit itu disimpan (dana dan nama dana, dan berapa peratus). Nama dana itu adalah ‘Dana Ekuiti’. Untuk melihat jenis fund dan senarai syarikat yang dana ini dilaburkan, adalah lebih baik anda melihat propektus.

Propektus saya sentiasa simpan untuk rujukan para klien saya. Setiap pelanggan akan dapat propektus setiap tahun. Sebagai seorang prospek, anda boleh download di laman web ini juga:

https://www.prubsn.com.my/PruBSN/download.jsp?sm=ff

(Saya akan attachkan sekali dengan propektus)

Harap ini membantu untuk anda membuat keputusan.

 

  1. “Peserta tidak perlu membuat pembayaran di bawah pelan perlindungan penuh, kecuali untuk perkara-perkara yang tidak dilindungi” – apa contoh usual senario yg terjadi?

Jawapan: Pelan yang saya tawarkan adalah PERLINDUNGAN PENUH. Bermaksud segalanya akan dilindungi / diberi manfaat kecuali perkara tidak dilindungi. Berdasarkan pengalaman saya, perkara yang tidak dilindungi adalah rawatan yang ‘indirect’ kepada sakit yang dialami.

  • Tag name yang dipakaikan kepada pesakit RM5 ke RM10.
  • Makanan tambahan. Setiap pesakit layak satu set makanan pagi, tengahari, petang dan malam. Jika ada saudara atau isteri meminta makanan lebihan, anda kena tanggung sendiri.
  • Menukar bilik – anda patut berada di bilik seorang standard. Tapi anda mahu bilik VIP. Kena tambah sendiri.
  • Surat atau penyata bila anda keluar hospital dalam lingkungan RM15 ke RM30 (bergantung pada hospital).
  • Ubatan-ubatan tiada kaitan – doktor memberi vitamin C tapi anda patah kaki. Tiada kaitan. Itu anda kena tanggung sendiri.

 

  1. Jika admitted disebabkan denggi (gigitan serangga), adakah termasuk dalam perlindungan.

Jawapan: Gigitan serangga yang dimaksudkan dalam klausa itu adalah kes seperti ini: Anda duduk kampung, nyamuk datang, anda tepuk. Tangan ada merah. Anda cakap pada doktor, ‘Tangan luka sebab nyamuk gigit.’ – INI TIDAK DILINDUNGI.

Denggi adalah disebabkan gigitan nyamuk tapi, virus yang menyerang itu menyebabkan anda sakit. Jadi denggi termasuk dalam perlindungan. Kes denggi adalah normal bagi seorang ejen insurans / takaful.

 

  1. Walaupun sudah berhenti hisap rokok, mengapa status diletakkan sebagai perokok? Apakah kelebihan/kekurangan pada status YA/TIDAK ? (kos/perlindungan dll?)

Jawapan: Istilah berhenti adalah dalam masa 12 bulan (365 hari). Berdasarkan info diberi adalah ketika bulan puasa tahun lepas. Saya berpendapatan letakkan sebagai YA (belum cukup setahun).

Kelebihan kalau memberitahu cerita sebenar bila anda berhenti merokok, ianya bagus apabila penyakit berkaitan dengan merokok seperti kanser peparu, tuntutan akan mudah. Peparu orang merokok dan tidak merokok boleh tahu.

Kelemahannya, sudah pasti orang merokok dan tidak merokok, orang merokok lebih sedikit risiko. Lebih risiko lebih premium. Cuma dalam kes anda, anda dikira umur muda – kurang 30 tahun. Beza antara perokok dan tidak hanya lah beberapa ringgit sahaja.

 

  1. Bolehkah syarikat PruBSN rugi secara teori. jika kos untuk merawat ahli melebihi jumlah keseluruhan simpanan? Atau terdapat klause dalam kontrak yang akan membuatkan perkara ini mustahil untuk terjadi?

Jawapan: Klause ini ada wujud pada muka surat pertama ada tulis AMARAN. Secara teori, kemungkinan jumlah merawat melebihi jumlah simpanan boleh berlaku. Ini apabila bahagian aktuari (pengiraan statistik dan risiko pada masa akan hadapan) tidak tepat.

Dalam industri insurans / takaful ini, ianya adalah normal bila selepas 10 hingga 15 tahun. Misalnya, pelanggan Prudential (konvesional) yang ambil pada tahun 2000. Pelanggan-pelanggan tabungan itu (pelan itu) telah diminta sumbangan RM10 setiap seorang sebagai tambahan pada bayaran bulanan mereka pada tahun 2013. Ini disebabkan kos rawatan bermula 2012, realiti lebih dari apa yang dijangkakan

 

Apa pandangan ejen-ejen lain?

Harap dapat membantu dalam karier masing-masing.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

1 Comment

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s