Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ini adalah contoh bantahan jualan dan FAQ dari seorang prospek. Beliau adalah pertama kali tahu pasal Takaful. Dia minta info-info berkaitan. Saya telah beri link blog ini, dan satu proposal ringkas.
Disertakan jawapan saya kepada prospek.
1. Tabarru’ dalam erti kata mudah?
Tabarru untuk lebih senang faham, caruman. Derma bersyarat.
2. Kalau tabarru’ meningkat setiap tahun, kemudian komitmen bulanan meningkat?
Nilai tabarru akan meningkat, tapi komitmen bulanan tidak meningkat. Pelan ini telah difikirkan untuk tidak membebankan pelanggan. Tapi, ada potensi komitmen bulanan meningkat andaikata, tabarru’ terlalu sedikit.
3. Saya faham definisi insurans takaful. tapi konsep dia tak faham lagi. adakah dia mcm ansuran bulanan kereta dan rumah? ada kontrak?
Insurans dan takaful adalah dua benda berbeza sebenarnya. Insurans adalah tidak syariah, takaful adalah syariah. Konsepnya melindungi diri dari risiko-risiko. Takaful adalah satu kontrak – antara syarikat takaful dan diri anda. Boleh secara tahunan, suku tahun, separuh tahun. Dia bukan ansuran. Selagi anda memerlukan takaful, selagi itu anda mencarum.
4. Tempoh bayaran berapa lama? Ada tempoh matang ke macam mana?
Takaful ada yang tempoh matang ada yang tak ada. Kalau takaful nyawa ni, sehingga umur 80.
5. Kalau saya mula guna bulan ni, tiba-tiba tahun depan saya alami cacatan kekal, tak boleh kerja, kemudian tak boleh nak bayar bulanan, macam mana?
Dalam proposal saya, ada benefit “contributor”. Kalau dikatakan cacat kekal atau ada penyakit kritikal (36 jenis penyakit) – polisi takaful masih boleh dipakai sehingga umur 80. Maksud senang faham, polisi anda berjalan / boleh guna tapi caruman tidak diperlukan dari pelanggan. Ada pihak lain yang membayar iaitu Prudential BSN Takaful Berhad, jadi simpanan itu masih bergerak.
6. Dia boleh bayar lebih dr 200 sebulan? (Proposal hanya RM200)
Boleh lebih. Sebaik-baiknya ambil ikut kemampuan.
7. Kalau saya admit ke hospital, siapa yang urusan kan Medical Card? Medical Card tu mcm mana sebenar nya?
Medical card adalah bukti bahawa anda dilindungi takaful. Ada pihak lain akan bayarkan bil hospital. Urusan sebenarnya antara pihak hospital dan syarikat takaful. Saya hanya boleh untuk memastikan proses ini lancar, atau ada apa persoalan yang tak faham.
8. Kalau tiba-tiba Adib tiada, siapa yang akan ambil alih saya punya insurans (ejen)? Akan terbiar macam tu atau akan ada orang ambil alih?
Kalau saya tiada, contoh meninggal dunia akan ada rakan saya ambil alih tugas (peranan agensi amat penting). Jika anda tak selesa dengan ejen tersebut, boleh minta tukar kepada sesiapa yang anda selesa.
9. Kalau bulan ni baru start komitmen bulanan, tiba-tiba bulan lagi satu sakit dan masuk hospital, pengguna dah boleh start dapat benefit?
Apabila permohonan diluluskan, jika keadaan kemalangan boleh terus pakai. Ada tempoh menunggu selama 120 hari.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment