Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ada yang risau karier dalam insurans / takaful. Mereka kata:
‘Tak nak la bang, kerja ejen insurans / takaful sampai mati.’
‘Kerja ejen tak kool la.‘
‘Kena approach orang sepanjang masa. Segan.’
…dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, potensi karier ada. Anda bukan selama-lamanya menjadi ejen. Jika anda buat dengan cara dan langkah yang betul, dan ikut syarat syarikat insurans dan takaful ditambah aturan Bank Negara Malaysia – anda boleh upgrade diri anda.
Kalau inginkan karier dalam ‘corporate leader’ anda kena bermula dari bawah – sama juga karier seperti ejen.
Contoh, anda bermula dengan eksekutif. Hari ini, semua orang boleh jadi eksekutif. Ada sijil degree, ada Master, pergi interview dan anda boleh jadi eksekutif.
Anda punya masa yang banyak. Nasib baik anda baik – dinaikkan pangkat. Sehinggalah jadi Pengurus. Di kala ini menjadi Pengurus, anda akan mempunyai masa yang suntuk – walaupun anda mempunyai pendapatan yang tinggi.
Kalau anda menjadi ejen pula – ya, tak semua boleh jadi ejen. Sebab ejen perlukan karektor yang sangat berbeza. Tetapi dengan tempoh masa yang sama anda boleh jadi seorang Pengurus juga.
Soal masa – anda punya masa yang banyak, berbanding seorang Pengurus di ‘corporate leader’.
Jadi apa pilihan anda?
Di luar sana, ada lagi jenis bisnes yang mungkin sesuai. Insurans / takaful adalah satu pilihan.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid