PruBSN Platinium – RM1 Juta dalam 5 Tahun*.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya rasa macam saya sudah terlambat nak bercerita mengenai PruBSN Platinum. Ya. Beberapa pelanggan ada bertanya mengenai produk yang hangat di pasaran Takaful sekarang. Ianya dikatakan hangat sebab ianya pelan untuk simpanan – mencipta RM1 Juta di kala umur 55 tahun.

Semalam saya belajar serba sedikit mengenai PruBSN Platinum (walaupun saya sudah belajar secara rasmi dari syarikat, saya kena faham ‘view’ seorang pelanggan pula).

Pertama sekali jika anda seorang pelanggan, kena faham bagaimana pelan ini berfungsi.

  • Pelan in adalah pelaburan yang growth – kerana ianya dilaburkan dalam Dana Ekuiti dan Sukuk (sila Google atau pergi laman web PruBSN yang rasmi)
  • Pelan ini khas untuk siapa yang mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai mengurus wang – pandai menyimpan wang. Mempunyai tabiat menyimpan wang lebihan, bukan jenis yang suka membazir.
  • Simpanan jangka pendek untuk pendapatan jangka panjang. Anda hanya perlu menyimpan 5, 10, 15 dan 20 tahun (saya cadangkan 5-10 sahaja).
  • Pulangan akan diberi secara tahunan dan jumlah simpanan akan diberi apabila sudah matang pada umur 55, 60 dan 70 tahun (saya cadangkan umur 55, untuk orang muda; umur 60 untuk orang bermula pada 35 tahun)
  • Perlindungan yang tinggi sehingga RM300,000 untuk siapa yang mahukan pampasan yang tinggi.

 

Siapa yang boleh ambil pelan ini?

  • Pelan ini mempunyai strategi pasaran yang fokus pada ‘high networth income‘ – yang mampu menyimpan RM1,000 sebulan. Bermaksud pendapatan sekitar RM10,000 sebulan, ditambah kesedaran kewangan / persaraan yang tinggi.
  • Fokus kepada yang insan yang sebaik-baiknya yang sudah ada apa-apa polisi takaful (existing client) tapi pada kali ini lebih kepada simpanan.
  • Kepada yang sudah ada KWSP / EPF, tapi merasakan wang persaraan itu tidak mencukupi lagi. PruBSN Platinum sebagai opsyen kedua mencipta KWSP ‘Kedua’ – dengan memilih opsyen matang pada umur 55 atau 60, dan pilihan simpanan hanya 5 atau 10 tahun sahaja. Contoh; pekerja profesional, doktor, peguam.
  • Kepada yang tiada KWSP / EPF, contoh; tauke kedai makan, pemilik bisnes offline / online. Sama seperti di atas; 5 / 10 tahun simpanan untuk pengeluaran pada umur 55 / 60 tahun.
  • Kepada sesiapa yang mahu mencipta pelan legasi – untuk pendidikan anak selepas umur penyimpan 55 tahun. (untuk anak)
  • Kepada sesiapa yang merancang persaraan yang mahukan wang tunai setiap tahun. Menggunakan konsep ‘money work harder for you‘.

 

Perbezaan Unit Trust & PruBSN Platinum

Unit Trust adalah instrumen pelaburan yang boleh beri pulangan yang tinggi. Bagi saya, unit trust sangat menguntungkan kalau anda bermula awal – iaitu  sebelum umur 35 tahun. Ianya boleh menguntungkan jikalau menggunapakai cara pelaburan DCA – dollar cost averaging.

Tapi jika anda seorang yang sudah berumur 35 tahun, anda perlu meletakkan wang pada dana yang memberi pulangan yang tinggi (double-digit) untuk setiap tahun, di mana agak sukar untuk satu dana unit trust sentiasa memberi pulangan memberangsangkan setiap tahun. Jadi, PruBSN adalah opsyen baik untuk pulangan yang tinggi dengan simpanan hanya 5 / 10 tahun.

Perbandingan dengan ASB Loan?

Saya kurang gemar mengenai ASB Loan – disebabkan dikira komitmen (ada bank yang tidak ambil kira sebagai komitmen), dan akan masuk dalam CCRIS.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s