Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Insurans / takaful, jujurlah tanya pada diri sendiri – ianya penting, atau sangat penting? Kalau jawapannya bukan dua-dua opsyen yang saya beri, sudah pasti jawapannya tidak penting.
Agak pelik, pada awalnya pelanggan-pelanggan setuju untuk mempunyai pelan takaful sendiri. Selepas beberapa ketika, mereka tidak mahukannya. Pelbagai alasan diberi, tak penting dan tak pernah buat tuntutan. Rasa rugi dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini, ada seorang pelanggan. Setelah beberapa lama senyap, dan caruman tidak dibuat. Polisi itu telah lapsed atau senang difahami, telah luput dan tidak berguna lagi. Cuma, pelanggan ini selepas polisi lapsed, beliau mahukan semula polisi yang sama dengan harga yang sama.
Boleh ke?
Jawapannya boleh!
Apa pilihan yang ada?
Pilihan A: Setiap polisi yang lapsed pada bulan berikutnya, kalau mahukan polisi itu hidup semula dengan cepat tanpa tempoh menunggu (bagi kad perubatan) – perlulah membayar polisi itu pada 1hb – 7hb.
Pilihan B: Jika sukar pada awal bulan, boleh lah dicarum semula sepanjang bulan. Tapi akan ada tempoh menunggu semula, iaitu selama 30 hari.
Pilihan C: Jika selepas 2-3 bulan polisi lapsed, anda perlulah memohon proses revival (proses menghidupkan semula takaful anda). Tempoh menunggu selama 30 hari. **sila rujuk pada ejen anda
Pilihan D: Jika selepas 6 -11 bulan polsi lapsed, anda perlulah memohan proses revival dan mengisi personal statement (set soalan tentang kesihatan anda)
Pilhan E: Jika selepas 12 bulan polisi lapsed, kemungkinan besar anda perlu melakukan medical examination dan mengenai tempoh menunggu, saya tidak pasti sebab saya tak pernah buat!
Jadi kalau berlaku pada anda (saya doakan tidak), apa pilihan anda akan pilih.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid