Tips4Ejen – Borang Penilaian Persembahan / Presentation

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di awal pembabitan ejen, perkara yang paling ditakuti kalau nak sembang insurans / takaful kepada kawan-kawan rapat anda, atau famili. Takut bila muka mulut pasal insurans / takaful je – anda kena rejek.

Apa pengalaman saya menghadapi situasi ini?

Saya telefon rakan-rakan saya yang rapat, dan katakan saya nak minta pertolongan mereka. Mereka akan tanya, pertolongan apa – kalau mereka kata pertolongan membeli insurans / takaful, memang mereka tak nak jumpa. Saya katakan kepada mereka, tujuan saya nak jumpa mereka supaya mereka menilai bagaimana saya membuat presentation.

 

XXX NAT - Presentation Evaluation FormSelepas membuat presentation di hadapan mereka, saya minta mereka isi borang ini – bagi poin untuk:

  • Penjelasan
  • Relevan
  • Keseimbangan
  • Pemahaman
  • Skil

Apa tujuan saya buat begini?

  1. Mengasah skil presentation saya. Kalau mengasah bersama orang asing, takut anda menerima rejection yang terlampau dahsyat lalu membunuh semangat anda. Lebih baik, berlatih dengan kawan dan saudara-mara.
  2. Membuat presentation atau memberi awareness kepada kawan-kawan / saudara-mara secara halus, tanpa mereka sedar. Kalau mereka mahukan insurans / takaful daripada anda di kala waktu itu – itu rezeki.

Sebagai ejen anda kena faham tugas anda. Tugas anda adalah melakukan seberapa banyak presentation kepada sesiapa sahaja. Mereka mahu atau tidak, adalah kerja Allah SWT (Allah yang memegang hati-hati manusia).

Teruskan berusaha, kepada ejen baru jangan mengalah.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s