Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Industri insurans / takaful berkait rapat dengan sales, atau jualan. Industri ini adalah cabang kepada bidang kewangan. Seperti sudah sedia lazim, apabila masuk sahaja kuarter terakhir – the last sprint, kebanyakan ejen cuba memberi terbaik.
2 minggu lepas, di Khalifah Group ada membincangkan beberapa tips atau strategi yang boleh dipakai ketika hujung tahun atau kuarter terakhir. Saya senaraikan 4 strategi yang saya pernah pakai, dan memberi hasil.
- Program Sugul.
- Program Servis.
- Program Tuntutan.
- Program ‘Top Ejen’
#. Program Sugul
Program ini adalah program meminta ‘referral’ dari pelanggan sedia ada. Kebiasaanya, apabila pelanggan anda bertanya kepada anda; adakah bisnes anda baik atau tidak – anda akan berkata: ‘Ya, dalam keadaan baik’. Walaupun pada sebenarnya tidak. Anda kena membuat muka yang sugul, dan menggunakan skrip ini:
‘Bro, aku kena completekan lagi 5 case je. Aku jumpa ini pun nak kau ambil satu, lagi empat tu pandai-pandai aku cari.’
#. Program Servis
Program ini adalah paling simple berbanding program-program lain. Ini adalah program memberi servis. Fokus utama pada hujung tahun adalah servis memberi diari, kalendar atau planner kepada pelanggan sedia ada.
Sebaiknya, bagi barang servis anda ketika mereka di pejabat atau tempat kerja. Lebih baik, bagi lebih. Kalau pelanggan tanya, kenapa bagi dua atau tiga?
‘Aku bagi lebih, 2 atau 3. 1 ini untuk kau, dua ini untuk kawan-kawan kau sebelah.’
#. Program Tuntutan
Program ini fokus kepada pelanggan yang sudah membuat tuntutan. Jumpa pelanggan anda, dan tanya semula perasaan dan pendapat anda tentang tuntutan yang mereka sudah buat. Tanya, adakah insurans / takaful ini penting atau sangat-penting bagi mereka.
Guna skrip begini:
‘Kau dah buat claim, dan apa pendapat kau tentang insurans / takaful ini? Bagus, kan? Kau rasa ini bagus, kau nak tak kawan-kawan, sanak saudara, famili kau ada pelan macam kau?’
Saya membuat inovasi program ini. Saya berjumpa dengan pelanggan yang sudah membuat tuntutan, saya meminta keizinan membuat video testimonial dan masukkan ke dalam Youtube dan Facebook.
Buat ‘testimonial bank’, menambah kredibiliti anda sebagai ejen.
#. Program ‘Top Agent’
Secara jujurnya, saya tidak pernah buat. Modalnya, jumpa pelanggan sedia ada anda, dan ceritakan ‘requirement’ anda untuk jadi seorang yang ‘top’ dalam carta ejen. Gunakan skrip begini:
‘Aku nak jadi ejen terbaik. Kau suka tak kalau aku jadi ejen terbaik untuk kau? Ini requirement aku (tunjukkan), lagi berapa orang je. Harap kau bantu aku.’
Saya pernah buat hanya kongsi impian saya bersama-sama dengan pelanggan saya. Ceritakan kenapa saya nak berjaya dalam industri ini. Hasilnya juga memberangsangkan.
Antara projek lain:
- Program Upgrade Saver
- Program Upgrade Sum Assured / Sum Covered
- Program Diary Booster (sama seperti atas)
- Program Share Dream
- Project Referral Reward System
- Project Beras
Harapan saya, empat strategi program ini membantu lagi beberapa hari sebelum habis tahun ini. Semoga memberi manfaat kepada anda.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid