‘Income Protection’ untuk syarikat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya belajar sesuatu yang berguna:

Income protection, untuk syarikat.

Macam mana tu?

Saya bagi situasi macam ini;

 

Anda seorang usahawan nama Ali, lalu anda membuka syarikat bersama dengan rakan anda nama Abu (Ali dan Abu, sangat popular). Lalu kamu berdua membangunkan syarikat. Selepas beberapa tahun, membuat keuntungan demi keuntungan.

Untuk membesarkan syarikat, suntikan modal perlu. Lalu setiap ahli menyumbangkan dana modal untuk membesarkan lagi operasi jualan. Sumbangan setiap ahli adalah RM100,000. Jadi modal terkumpul adalah RM200,000. Kedua-duanya menikmati keuntungan.

Adat berniaga, ada waktu untung dan ada waktu rugi. Ini biasa.

Dijadikan cerita, Abu telah sakit dan kemudian meninggal dunia. Isteri kepada Abu tahu, bahawa arwah Abu telah menyuntik modal sebanyak RM100,000. Isteri beliau menuntut modal ini, untuk meneruskan kehidupan – tiada sumber pendapatan lain, melainkan wang pemberian dari Abu ketika hidup.

Di kala itu, syarikat anda tengah menguruskan projek, dan memerlukan sejumlah wang untuk membida projek akan datang atau perlu untuk projek seterusnya (rolling money). Disebabkan isteri arwah Abu, pula meminta RM100,000 (duit modal) – menyebabkan anda sebagai rakan kongsi berat untuk memberinya.

 

Dalam kes di atas, ‘kematian’ rakan kongsi boleh menjadi liabiliti besar terhadap syarikat – apatah lagi, pada keadaan syarikat yang tengah membangun dan memerlukan dana yang besar.

Insurans / takaful adalah opsyen untuk income protection kepada rakan-rakan kongsi / penyuntik modal kepada bisnes syarikat anda. Ini boleh juga dikatakan perlindungan ‘keyman’ dalam syarikat anda.

Pengurusan risiko amatlah penting.

Kalau tak mahu insurans / takaful untuk rakan kongsi anda – pastikan syarikat anda mampu bertahan apabila kes-kes modal dikeluarkan dari syarikat untuk peristiwa begini.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s