Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Rata-rata hari ini, rakyat Malaysia mempunyai rasa bengang yang tinggi terhadap suasana yang berlaku.
- Harga barangan naik.
- Harga makanan naik.
- Tol naik.
- Minyak naik (sekarang ada turun pula)
- Tambang pengangkutan naik.
- Gaji / pendapatan tak naik-naik!
Perkara di atas, orang kata adalah sukar untuk diubah – walaupun ada yang beranggapan ubah kerajaan boleh ubah perkara di atas. Tetapi, saya berfikir cara lain; kenapa perlu keputusan mengubah perlu disandarkan pada orang lain, bukan pada diri kita yang sebenarnya mempunyai potensi sebenar yang kita tak tahu.
Caranya mudah sahaja untuk mengatasi masalah di atas – ada DUA cara; cara pertama adalah mengurangkan perbelanjaan. Kenalpasti mana satu perbelanjaan yang tidak perlu, dan cari alternatif berbelanja. Cara ini memang praktikal tapi ada yang bertanya; ‘Dah tak ada ruang nak rendahkan perbelanjaan. Segalanya MAHAL.’ – cara ini tidak popular. Cara kedua, adalah menambahkan pendapatan anda. Apa yang anda dapat sebulan hari ini RM1500, RM2000 malah RM4000 sekalipun, anda kena double, triple kan pendapatan anda.
Caranya? Rata-rata hari ini mempunyai 2 kerja sambilan.
Baru-baru ini, saya ke seminar Dr.Azizan menerangkan 5 cara untuk menambahkan pendapatan anda ke tahap lebih baik.
- Melakukan bisnes.
- Menjadi seorang profesionalisme – doktor, peguam.
- Berada di syarikat GLC – naik tangga korporat paling tinggi.
- Membuat apa jenis jualan.
- Menulis buku dan menjual.
No. 1, adalah opsyen pada kala ini. Bisnes menjual tudung bercambah-cambah, bisnes jual minuman kopi atau bisnes menjual seminar-seminar. Banyak. No.2, bagi saya adalah jalan yang sukar tapi masih memberi anda pendapatan yang baik. Siapa yang tak perlukan kepakaran yang hebat, terutama doktor?
Kalau anda berada di syarikat GLC, rebutlah peluang untuk kenaikan pangkat. Buat kerja bersungguh-sungguh. Ada yang kata kena kipas, aircond bos dan macam-macam supaya kesungguhan kita dilihat oleh peringkat atasan.
No.4, libatkan diri dengan jualan – apa jenis jualan. Anda tak perlu cipta bisnes baru. Anda tawarkan diri anda menjual produk orang lain. Kawan anda jual minyak urut, anda jual. Pendapatan anda dari nilai komisyen. Jual kereta, jual rumah, jual insurans / takaful, jual unit trust, jual tudung orang lain – janji anda menjual!
Opsyen no. 5 adalah jarang-jarang orang buat. Saya pun baru berjinak-jinak nak fahamkan kenapa saya perlu menulis sekurang-kurangnya sebuah buku. Dari segi membuat untung? Ya, menguntungkan.
DUA Fasa : Fasa Pertama – pendapatan 5 angka.
Saya berkecimpung dalam industri ini, sejak tahun 2012 lagi. Lama atau baru, terpulang kepada anda untuk menilai. Bagi saya, ianya masih jagung lagi. Tempoh fasa pertama ini, fokusnya adalah apa yang anda boleh dapat sebagai seorang ejen insurans / takaful itu sendiri – pencapaian secara individual.
Apa yang yang perlu anda dapat pada fasa pertama ini?
Pendapatan 5 angka.
Saya tak perlu ulas bagaimana industri insurans / takaful ini boleh menjana pendapatan sehingga 5 angka. Mungkin anda biasa-biasa dengan pendapatan RM1,500 atau RM2,000 atau RM4,000 sahaja. Dengan sistem yang betul, cara yang efisien dan mentor yang berpengalaman insha Allah untuk mencapai pendapatan 5 angka adalah boleh dicapai.
Potensi Pendapatan Ejen Insurans / Takaful
Ini adalah fasa anda kena belajar menjual – menjadi ejen insurans / takaful. Anda kena melalui The Sales Cycle. Belajar mencari pelanggan, belajar untuk bercakap dengan pelanggan, memberi servis terbaik kepada pelanggan dan menguruskan pelanggan anda. Ianya masih satu bisnes, tapi bisnes yang memerlukan anda untuk bergerak.
Anda bercuti, pendapatan anda akan ‘bercuti’.
Berapa laju anda boleh capai? Industri ini berdasarkan usaha anda. Kuat berusaha, besarlah hasilnya. 6 bulan? Tidak mustahil, sebab ada yang boleh lakukannya. 1 tahun? Tidak mustahil. Purata, busuk-busuk adalah 3 – 5 tahun.
Sudah capai pendapatan 5 angka, apa langkah seterusnya?
Fasa Kedua: Menukarkan Pendapatan Tahunan kepada Pendapatan Bulanan
Pernah anda tahu berapa pendapatan anda setahun? Katakan begini:
Anda bekerja di sebuah syarikat. Pendapatan anda sebulan adalah RM3,000. Pendapatan tahunan secara kasar adalah RM36,000 (RM3,000 dikalikan dengan 12 bulan). Kalau pendapatan secara bersih, mungkin ada pemberian bonus tahunan, elaun tambahan atau kenaikan gaji.
Jadi, pendapatan tahunan anda adalah RM36,000 setahun atau RM3,000 sebulan.
Pernah anda tahu, pendapatan purata rakyat Malaysia?
Sebanyak 71.3 peratus keluarga di negara ini memperoleh pendapatan di atas paras RM3,000 sebulan, sekali gus menunjukkan peningkatan daripada paras 61.3 peratus pada tahun 2012.
Anda boleh rujuk di sini: Astro Awani
Kalau anda mempunyai pendapatan RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun – bermakna anda berada di atas paras average (purata).
Bagaimana dalam industri insurans / takaful boleh menukarkan pendapatan tahunan anda kepada pendapatan bulanan? Di fasa dua, adalah fasa yang berpotensi tinggi untuk buat sebegitu.
Fasa ini adalah fasa yang memang ‘real business‘. Waktu ini, bisnes anda akan berjalan secara semi-auto-run atau auto-run. Anda tidak perlu berada di situ (premis / pejabat) untuk ‘melakukan’ bisnes. Apa yang penting, adalah kebolehan anda melatih orang lain untuk berjaya.
Anda boleh rujuk di sini:
Bisnes insurans / takaful adalah opsyen anda untuk berniaga. Di luar sana ada pelbagai model bisnes yang boleh anda ikut. Anda kena faham, apa jua bisnes anda lakukan anda kena bersungguh-sungguh lakukan. Bagi saya, kenapa saya minat industri insurans / takaful kerana modal permulaan bisnes yang rendah dan risiko yang boleh diuruskan, ditambah sistem sokongan yang baik dari syarikat insurans / takaful itu sendiri.
Untuk berjaya dalam bisnes, anda kena ikut formula ini:
- M – Mentor. Perlulah anda mempunyai mentor yang inginkan anda berjaya. Mentor yang success proven result, yang boleh membimbing anda dan menegur anda apabila anda berbuat silap.
- E – ELMU. Emosi dan Ilmu. Kawal emosi anda apabila berniaga. Bisnes melibatkan manusia, jadi emosi berkait rapat dengan kemanusiaan. Begitu juga penguasaan ilmu. Pastikan anda dilengkapi ilmu terbaik untuk dapatkan hasil yang terbaik.
- S – Sistem. Libatkan diri anda dalam sistem yang telah menghasilkan orang berjaya. Contoh, agensi yang saya berada mempunyai sistem yang baik dan terbukti membantu ejen lain berjaya.
- T – Tindakan. Walaupun anda tahu, belum cukup untuk berjaya. Anda kena bertindak sepantas mungkin untuk dapatkan hasil yang pantas.
- I – Impian. Fahami tujuan anda berbisnes, untuk keluarga atau untuk diri sendiri? Bisnes yang dilakukan dengan tujuan memudahkan atau menambah nilai pada orang lain insha Allah akan dipermudahkan.
Sudah bersedia untuk tukarkan pendapatan tahunan kepada pendapatan bulanan? Jika sudah bersedia, lakukan dengan bersungguh-sungguh!
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid