PruBSN Platinum – Pelan Paling Gila Setakat Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sejak 2 minggu ini, saya cuba fahamkan diri saya sebagai pelabur yang ingin melabur ke dalam pelan ini. Sebagai seorang pelabur, saya kena faham beberapa perkara – paling utama; berapa saya labur dan berapa saya dapat kemudian hari.

Alhamdulillah, saya menemui satu perkataan: GILA!

Sebelum saya highlight-kan kenapa pelan ini gila, fahamkan pelan ini terlebih dahulu. Pelan PruBSN Platinum mempunyai 3 fokus utama:

  1. Aliran pendapatan dengan bayaran tunai tahunan & simpanan masa hadapan.
  2. Perlindungan hayat yang lebih.
  3. Potensi pulangan pelaburan.

Pelan ini diwujudkan atas rasa bimbang tentang masa depan – bagaimana dengan jumlah simpanan kita pada masa hadapan.

  • 88 % para pekerja di Malaysia bimbang tidak memiliki wang yang mencukupi untuk meneruskan hidup ketika persaraan.
  • 39 % para pekerja di Malaysia tidak mampu menyediakan wang yang secukupnya untuk persaraan mereka.
  • 32 % rakyat Malaysia merasakan kegawatan dan kelembapan ekonomi menghalang mereka untuk menyimpan bagi persaraan mereka.
  • 32 % para pekerja di Malaysia percaya bahawa mereka tidak akan mampu mengekalkan cara hidup yang selesa sekiranya mereka bersara.
  • 28 % para pekerja di Malaysia mengatakan mereka tidak tahu berapa simpanan yang diperlukan untuk persaraan yang selesa.
  • 20 % responden sudah bersara melaporkan mempunyai pendapatan yang jauh lebih sedikit daripada sebelum mereka bersara.

(sumber: The Star 27hb Jan 2015, The Rakyat Post 27hb Jan 2015 dan The Future of Retirement in East Asia Balancing Tradition & Modernity 2012 oleh Prudential plc UK)

 

Bagaimana pelan ini boleh membantu?

  • Bayaran tunai tahunan akan diberi kepada pencarum bermula tahun kedua sehingga pelan ini matang (pilihan umur 55, 60 dan 70)
  • Manfaat matang – sejumlah wang diberi bila capai umur matang (pilihan umur 55, 60 dan 70)
  • Tempoh caruman pendek. Boleh pilih hanya 5 tahun mencarum sahaja (pilihan 10 dan 15 tahun). Tahun berikutnya tidak perlu mencarum tetapi bayaran tunai tahunan masih diberi.
  • Manfaat perlindungan kehidupan – untuk sesiapa yang mahukan perlindungan pampasan yang tinggi.
  • Potensi pelaburan yang tinggi, disebabkan dilaburkan di dalam sukuk dan Dana Ekuiti (saya akan sediakan profil dana ini)

 

Sebelum saya meneruskan kegilaan mengenai pelan ini, saya berhenti sekejap. Saya rumuskan poin pelan giler ini:

  • Bayar 5 tahun sahaja, lepas tu berhenti.
  • Setiap tahun dapat duit sehingga tempoh matang.
  • Habis matang, dapat duit tambahan lagi.
  • Duit yang anda simpan akan digandakan hampir dua kali ganda**

Poin terakhir tu, apa yang saya teliti pelan ini, kalau saya simpan RM500,ooo sahaja untuk tempoh 5 / 10 tahun sahaja saya dapat RM1,000,000 (1 juta)tak giler?

Okay, saya akan sambung selepas ini – bagaimana pelan ini ‘bekerja’ membuat duit untuk anda.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s