5 Perkara yang Boleh Buat Anda Jutawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya repeat datang seminar Dr.Azizan. Kali ini saya dapat satu ilmu yang baru. Beliau menyebut, 5 perkara yang boleh buat anda jadi jutawan.

  1. Bisnes
  2. Bidang Profesional
  3. Bidang Korporat Berkaitan Kerajaan
  4. Bidang Jualan
  5. Penulisan Buku

 

Bisnes sudah pasti kita tahu, potensi dia adalah ‘sky is the limit‘. Anda boleh lakukan apa sahaja bisnes, dengan cara yang betul angka jutawan adalah senang. Tapi ingat, melakukan bisnes adalah pakej – pasti ada risiko. Anda kena hadapi.

Kedua, bidang profesional – anda kena jadi seorang yang berada dalam bidang profesional. Contoh; menjadi seorang doktor, seorang peguam atau seorang pensyarah. Jangan jadi biasa-biasa, jadi yang luar biasa.

Ketiga, berada di tangga korporat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) – contohnya anda kerja di Petronan, Telekom atau Tenaga Nasional. Jadilah seorang yang bersungguh-sungguh dalam syarikat ini. Peluang cerah, dengan pendapatan yang lumayan.

Keempat, bidang jualan; berjinak-jinak melakukan jualan. Bisnes dan jualan adalah beza. Jual tak semestinya produk yang anda perlu reka terdahulu, baru jual. Anda boleh belajar jual produk orang lain. Potensi pendapatan melalui komisyen. Belajar menjual unit trust, insurans, takaful, kereta atau penapis air. Anda akan dapat belajar banyak perkara.

Kelima – menjadi penulis sebuah buku. Ini adalah apa yang saya cuba buat. Apabila anda mempunyai sebuah buku, bukan sahaja menambah kredibiliti anda malah potensi pulangan yang tinggi dari sudut kewangan. Saya bagi contoh; 50 puluh ribu buku terjual boleh dapat royalti sehingga RM1,000,000.

 

Terus terang saya katakan, setiap kali pergi ke seminar Dr.Azizan mesti saya akan dapat ilmu baru.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s