Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sebelum ini saya ada kongsikan, macam mana pembaca lain boleh ter-sampai ke sini. Ada yang nak tahu pasal insurans / takaful, ada yang nak tahu pasal kasut berlari dan tips-tips menjadi ejen insurans / takaful yang berjaya.
“syarat untuk lepas contract sebagai agen takaful”
“cara nak minta kerja ejen insurans”
Hari ini saya akan kongsikan langkah & laluan menjadi ejen insurans / takaful. Apa yang saya kongsikan, tak semestinya sama dengan agensi lain. Ini apa yang saya mahu guna-pakai di agensi saya. Ada agensi yang tidak meletakkan apa-apa syarat.
Secara ringkasnya, jika anda ingin menjadi ejen – pertama sekali anda kena tahu bersama syarikat apakah yang anda mahu. Di Malaysia ada beberapa syarikat insurans / takaful. Saya bersama Prudential Malaysia.
Selepas itu anda perlulah memilih bersama agensi mana. Peranan agensi sangat-sangat penting, kerana setiap agensi mempunyai cara pendekatan atau sistem yang berbeza. Mungkin budaya agensi itu kena pada cara anda, atau tidak. Terpulang.
Sini saya ringkaskan 13 langkah-langkah dan laluan menjadi ejen takaful atau insurans.
- Hadir atau dengar dahulu Business Opportunity Presentation (atau mini) – penjelasan ringkas bagaimana bisnes ini boleh membantu anda.
- Membuat keputusan samada anda mahu menjadi ejen secara full time atau part time. (kebanyakan bermula sebagai part time)
- Buat keputusan bila anda berpeluang menduduki ujian.
- Daftar ujian.
- Baca bahan-bahan yang disediakan. Jika bersama saya, akan menyediakan set-set soalan atau ringkasan supaya senang anda lulus. Insha Allah.
- Menghadiri ujian PCEIA dan/atau CEILLI (boleh buat dalam masa sehari) – pastikan lulus.
- Menghadiri ujian TBE.
- Membuat homework Project 100 – menyenaraikan 100 orang berpotensi menjadi pelanggan anda.
- Menghadiri latihan – melengkapkan diri anda dengan pengetahuan jualan. Meeting, untuk anda kenal siapa rakan bisnes anda.
- Membuat JFW (joint field work); bersama-sama rakan anda yang memperkenalkan bisnes ini. Melihat potensi anda mempraktikkan apa yang diajar.
- Mendapatkan 10 pelanggan / kes. Ini adalah proses mengenal apakah pasaran anda sebenarnya.
- Pre-pendaftaran. Menyediakan dokumen sebelum anda bergelar ejen.
- Selesai, sekarang anda seorang ejen!
Sekali lagi, setiap agensi mempunyai cara yang berbeza. Walaupun berbeza, tapi matlamat adalah sama – saya juga mahukan anda menjadi seorang ejen yang berjaya malah boleh meningkat potensi diri menjadi seorang ‘leader’ yang berjaya akan datang.
Insha Allah, amin YRA.
PS: Ada sebarang persoalan lebih mendalam bagaimana mahu menjadi ejen, boleh hubungi saya di adibyazid8282@gmail.com atau o19-366o319.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid