Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, kesedaran di kalangan kawan-kawan, mengenai kepentingan memiliki kad medikal hari ini baik berbanding pada tahun saya bermula menjadi ejen pada tahun 2012.
Hari ini, persoalan adakah kad medikal itu penting atau tidak bukan menjadi keutamaan – tapi persoalan lain:
- Kenapa pelan kad medikal syarikat insurans / takaful lain ada murah ada mahal?
- Kenapa ada pelan yang minima RM100 tapi pada syarikat lain, RM50 pun sudah cukup untuk kad medikal?
Persoalan ini, murah atau mahal – ianya lebih kepada adakah kad medikal anda itu jenis standalone atau jenis rider?
Anda boleh baca lebih lanjut perbandingan kad medikal standalone & rider di sini: Perbandingan Kad Perubatan Standalone & Kad Perubatan Rider
Kad Perubatan Famili VS Kad Perubatan Famili Individu
Hari ini saya boleh katakan, isu mana satu kad medikal terbaik menjadi keutamaan dalam persoalan memilih kad perubatan. Soalan begini:
- Ada tak pelan cover satu famili?
- Pelan ambil satu-satu mahal la. Tak ada sekali?
- Kenapa ada syarikat lain, pelan famili ada 1 kad 1 famili, dan ada ada 5 kad untuk setiap ahli keluarga?
…dan macam-macam lagi.
Kad perubatan di luar sana, memang ada beberapa syarikat insurans / takaful menawarkan kad perubatan yang melindungi famili amat murah sekali (bagi saya, pandangan seorang ejen – sangat murah!)
Saya bagi 1 kes:
1 Keluarga, ada seorang ayah berumur 30 tahun. Seorang ibu berumur 28 tahun. Ada dua orang anak. Satu anak berumur 2 tahun, dan satu baru berumur 2 bulan.
Jadi apa pelan yang saya akan bagi?
Saya akan buat memilih pelan Kad Perubatan Famili Individu. Saya akan buat setiap orang satu pelan masing-masing. Bahagian mana yang ‘famili’ ya? Pemilik polisi dan bahagian hibahnya.
- Ayah, saya buat dalam lingkungan RM150 ke RM200. Hibahnya saya akan buat ke atas seorang isteri (anak masih kecil, tak sesuai untuk letak nama sebagai penerima hibah)
- Ibu, saya buat seperti bapanya. Hibahnya, terpulang kepada isteri. Kebanyakan isteri rela menghibahkan kepada ibu sendiri berbanding suami sendiri.
- Anak – keduanya, saya buat dalam lingkungan RM100 – RM150 (boleh lagi tinggi, kalau mahukan sekali simpanan pendidikan). Pemilik polisi saya akan letakkan kepada pembayar polisi (salah seorang, ibu atau bapa). Jika keluarga ini mempunyai bajet lebihan, saya akan buat polisi yang berkaitan ibu dan bapa.
Untuk yang berminat, kepada Kad Perubatan Famili – walaupun saya bias kepada Prudential, atas faktor bajet anda – saya cadangkan anda ambil polisi syarikat lain. Terpulang.
Saya ambil contoh:
- Ada pelan menawarkan RM280 untuk sekeluarga, jika ketua keluarga berusian lingkungan 21 – 29 tahun.
- Ada pelan RM350 sekeluarga. Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu, klausa dan sebagainya.
- Ada pelan RM200 sebulan, dengan had isteri dan anak hanya 4 orang sahaja.
Ada lebih baik, anda tanya kepada ejen-ejen syarikat lain untuk lebih faham.
Perbandingan Kad Perubatan Famili & Kad Perubatan Famili Individu
Ada ejen lain sudah mengupas perbandingan ini, anda boleh rujuk sini: MohdKhafiz.com. Secara amnya.
#. Insuran / Takaful Famili
- Murah
- 1 pemegang polisi (bapa) untuk lindungi semua ahli keluarga termasuk isteri dan anak (isteri dan anak tiada polisi cuma kad medikal sahaja)
- Hanya salah seorang sahaja boleh membuat rawatan dalam satu-satu masa. (kalau kena food poisoning, seorang sahaja masuk hospital panel, yg lain berkemungkinan besar pergi hospital awam). Bahaya, jika kes satu keluarga menghidapi penyakit berjangkit – kesemua terpaksa menerima rawatan di hospital.
- Kontrak secara tahunan, caruman / sumbangan tidak terjamin bila renew (pembaharuan). Caruman akan dikira ikut umur dan faktor kesihatan semula. Andaikata kadar keluarga anda menggunakan kad medikal tinggi (high claim ration), syarikat insurans / takaful tersebut ada hak taknak sambung . Sila berhati-hati, baca dan fahamkan polisi anda sebaik-baiknya.
- Biasanya tiada ‘nilai tunai’ atau sedikit.
- Kena bayar tepat pada masanya, kalau tertinggal sebulan, potensi besar tidak dilindungi.
#. Insurans / Takaful Famili secara individu
- Mahal berbanding pelan famili. (saya akui sendiri)
- Setiap orang mempunyai polisi sendiri, jika berlaku sesuatu kepada bapa, polisi anak akan jadi ‘free’ sampai umur 25 tahun begitu juga simpanan pendidikan beliau. Polisi isteri pula akan ‘free’ sampai umur 80 tahun (jika rider Spouse dimasukkan sekali). Kad medikal setiap orang, dan mempunyai akaun berbeza-beza.
- Setiap orang boleh membuat rawatan pada satu-satu masa kerana masing-masing mempunyai perlindungan / polisi sendiri. Tiada masalah jika satu keluarga menghadapi demam denggi.
- Kontrak seumur hidup (minimum 80 tahun, maksimum 100tahun). Tiada ‘renewal’ kontrak setiap tahun – peace of mind. Ini bermakna caruman / sumbangan bulanan anda berkadaran sama.
- Ada nilai tunai yang banyak, tidak efek pada kadar tuntutan anda.
- Ada cross subsidy (jika terlupa bayar, masalah kewangan apabila musim perayaan – syarikat insurans/takaful akan tolak dari simpanan (nilai tunai) untuk memastikan polisi anda hidup sentiasa.
Saya cerita panjang berjela-jela, mungkin kurang faham atau kurang jelas. Anda boleh kaitkan dengan kereta.
Kalau ada kereta di rumah 5 biji, adakah anda perlu ada satu insurans / takaful untuk melindungi 5 kereta ATAU anda perlu insurans / takaful setiap satu kereta?
Insurans / takaful kereta berbeza-beza, disebabkan tahun buatan, kapasiti enjin dan nilai semasa kereta tersebut.
Begitu juga dengan kad medikal individu. Setiap orang mempunyai umur berbeza, jantina berbeza, berat dan tinggi berbeza malah risiko pekerjaan yang berbeza.
Kalau masih kurang faham, tengok gambar ini sekali lagi.
Kalau hari hujan, anda perlukan payung.
Anda rasa tak kisah, ada satu payung je. Boleh lah pakai seorang dulu. Yang lain tunggu giliran nak pakai. Menunggulah ahli keluarga lain, duduk dalam rumah dalam hujan.
Tapi kalau anda rasa penting, anda belikan setiap seorang ahli keluarga ada payung sendiri. Tak perlu kongsi-kongsi. Sama-sama boleh keluar apabila hari hujan.
Apa pilihan andaa?
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
penjelasan yang baik
LikeLike
Terima kasih
LikeLike