Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini saya akan sentuh bab teknikal mengenai pelan PruBSN Platinum ini. Anda kena faham, ianya banyak menyentuh tentang simpanan.
Sebelum saya dapat menyakinkan pelan ini bermanfaat iaitu memberi keuntungan kepada mereka, saya kena yakinkan diri sendiri terlebih dahulu. Saya tanya diri sendiri 4 soalan, untuk memahami pelan ini:
- Mana satu yang terbaik? Classic, Vantage, Prime?
- Maturiti pelan (exit time atau matang) – 55 tahun atau 60 tahun terbaik?
- Caruman hanya untuk 5 tahun sahaja, atau 10 tahun, atau 15 tahun?
- Memilih opsyen ‘Accumulate’ atau ‘Payout’?
Sebelum saya teruskan lebih lanjut, sila lihat ‘array’ pelan yang saya rangka untuk diri saya; kelas pekerjaan 2, tidak merokok, umur akan datang 29 tahun dan lelaki.
Soalan Pertama: Mana satu yang terbaik? Classic, Vantage, Prime?
Saya melihat kepada berapa anda caruman dan berapa anda dapat. Di antara Classic, Vantage dan Prime; sudah pasti Prime akan memberi pulangan lagi banyak dari Vintage dan Classic.
Poin yang saya ambil adalah caruman bulanan (jika ambil bulanan) atau terkumpul. Bila saya teliti semula jadual yang saya buat di atas, caruman Classic dan Vantage tidaklah beza terlalu banyak – dalam lingkungan RM60 tambah tolak. Beza Vantage dan Prime pula, lingkungan RM500 tambah tolak.
Untuk Classic & Vantage, beza sedikit itu akan memberi pulangan yang sangat beza. (perbandingan bawah ini accumulate).
Perbandingan 1
- Classic: Maturiti 55, Caruman 5 tahun : RM1335 – pulangan RM186,610
- Vantage: Maturiti 55, Caruman 5 tahun: RM1459 – pulangan RM207,326
- Prime: Maturiti 55, Caruman 5 tahun: RM1938 – pulangan RM280,991
*beza Classic dan Vantage, hanya +/-RM60, tapi pulangan yang beza
Perbandingan 2
- Classic: Maturiti 55, Caruman 10 tahun: RM668 – pulangan RM170,103
- Vantage: Maturiti 55, Caruman 10 tahun: RM731 – pulangan RM191,078
- Prime: Maturiti 55, Caruman 10 tahun: RM973 – pulangan RM259,238
*tak beza terlalu banyak dari segi caruman antara Classic dan Vintage. Lebih baik Vantage dan Prime
Perbandingan 3
- Classic: Maturiti 60, Caruman 15 tahun: RM509 – pulangan RM211,134
- Vantage: Maturiti 60, Caruman 15 tahun: RM561 – pulangan RM238,888
- Prime: Maturiti 60, Caruman 15 tahun: RM758 – pulangan RM329,476
*untuk maturiti yang panjang (umur 60 tahun), sama juga Classic dan Vantage tak jauh berbeza
Saya merumuskan, Classic bukan pilihan saya. Jika bajet saya bersesuaian saya akan mengambil Vantage. Tapi jika saya mempunyai lebihan dan mahukan pulangan lebih besar saya akan memilih Prime.
Soalan Kedua: Maturiti pelan (exit time atau matang) – 55 tahun atau 60 tahun terbaik?
Secara jujurnya, ini kena tanya diri anda sendiri. Apa pelan anda bila anda berumur 55 tahun nanti? Umur 55, kebanyakan pekerja memilih untuk bersara. Lain pula dengan sektor awam, pilihan masih ada untuk bersara pada umur 58 atau 60.
Pelan ini, boleh memilih maturiti pada umur 55, 60 atau 70. Saya menolak untuk maturiti pada umur 70 – sebab terlalu lewat untuk ‘menikmati’ apa yang telah disimpan. (Kalau tidak bersetuju tak apa)
Jadi pilihan di tangan saya, adalah 55 atau 60 sahaja.
Dibandingkan apa yang saya dapat dari segi pulangan, sudah pasti pada umur 60 akan lebih banyak dari apa yang saya dapat pada umur 55. Rata-rata, kalau dibandingkan:
Perbandingan 1
- Classic: Maturiti 55, Caruman 5 tahun: RM1335 – pulangan RM185,610
- Classic: Maturiti 60, Caruman 5 tahun: RM1452 – pulangan RM243,732
*beza caruman RM117
Perbandingan 2
- Vantage: Maturiti 55, Caruman 5 tahun: RM1459 – pulangan RM207,866
- Vantage: Maturiti 60, Caruman 5 tahun: RM1597 – pulangan RM274,654
*beza caruman RM138
Perbandingan 3
- Prime: Maturiti 55, Caruman 5 tahun: RM1938 – pulangan RM280,991
- Prime: Maturiti 60, Caruman 5 tahun: RM2161 – pulangan RM378,193
*beza caruman RM223
Jika lihat Perbandingan 1, 2, 3 – dari segi pulangan perbezaan memang sangat berbeza (linkungan RM70,000). Padahal pada 5 tahun antara 55 ke 60, saya tidak mencarum pun.
Lihat pada caruman bulanan, ya pasti akan ada perbezaan.
Saya lihat dalam situasi saya. Saya mempunyai dana persaraan lain yang akan keluar pada umur 60 tahun (itupun jika saya mahu bersara). Jadi saya ingin jadikan pelan ini dana persaraan awal pada umur 55 tahun.
Dalam KWSP sekalipun, ahli mencarum membenarkan pengeluaran pada umur 50 tahun, sebelum umur persaraaan 55 tahun. Ini adalah konsep ‘bersedia’ sebelum bersara. Mungkin wang ini boleh buat bisnes lain yang mampu memberi pendapatan pasif sebelum umur bersara.
Dalam situasi saya, umur 55 tahun adalah ideal.
Jika anda seorang penjawat swasta, umur persaraaan anda secara purata adalah umur 55 tahun. Wang yang anda keluarkan dari KWSP, insha Allah dengan cara yang betul bantu anda ‘mengekalkan’ taraf kewangan untuk 5 tahun sebelum umur 60. Jadi, dengan memilih maturiti umur 60 – ia umpama ‘KWSP’ anda yang kedua.
Fakta, kebanyakan pesara menghabiskan wang KWSP selepas 3 tahun pengeluaran. Mungkin untuk membayar hutang-piutang. Jika risau dengan keadaan ini – maturiti umur 50 mungkin pilihan terbaik anda.
Soalan Ketiga: Caruman hanya untuk 5 tahun sahaja, atau 10 tahun, atau 15 tahun?
Sekarang, saya telah memilih:
- Selain pelan Classic. Hanya Vantage atau Prime keutamaan.
- Maturiti pada umur 55 tahun, berbanding 60 tahun.
Ini adalah bahagian yang kritikal – bagi saya. Dalam memilih samada 5, 10 atau 15 tahun soal bajet menjadi keutamaan saya. Sebelum saya pergi kepada soal bajet, saya lihat dulu pada potensi pulangan yang boleh diberi. (sekali saya katakan, Classic bukan pilihan saya)
Perbandingan dalam pelan Vintage (opsyen Accumulate)
- Vantage: Maturiti 55, Caruman 5 tahun: RM1459 / jumlah caruman: RM87,540 – pulangan RM207,866.
- Vantage: Maturiti 55: Caruman 10 tahun: RM731 / jumlah caruman: RM87,720 – pulangan RM191,078
- Vantage: Maturiti 55: Caruman 15 tahun: RM510 / jumlah caruman: RM91,800 – pulangan RM180,302
Perbandingan dalam pelan Prime (opsyen Accumulate)
- Prime: Maturiti 55, Caruman 5 tahun: RM1,938 / jumlah caruman: RM116,280 – pulangan RM280,991
- Prime: Maturiti 55, Caruman 10 tahun: RM973 / jumlah caruman: RM116,760 – pulangan RM259,238
- Prime: Maturiti 55, Caruman 15 tahun: RM679 / jumlah caruman: RM122,220 – pulangan RM245,055
Jika lihat kedua-dua perbandingan dalam Vantage dan Prime;
- Memendekkan tahun caruman, nilai caruman bulanan akan jadi tinggi.
- Memanjangkan tahun caruman, jumlah caruman sepanjang tahun caruman akan menjadi tinggi.
- Memendekkan tahun caruman, pulangan pada maturiti akan menjadi lebih tinggi.
No.3, ini mengikut konsep ‘money work harder for you‘. Kalau anda memilih tahun caruman 5 tahun sahaja, duit yang anda laburkan akan membeli unit pelaburan pada harga rendah. Anda biarkan sahaja, dalam tempoh sehingga maturiti, duit akan akan digandakan.
Berbanding kalau 10 tahun, konsep ‘time value money‘. Ada waktu beli rendah pada awal-awal, dan sedikit tinggi kemudian. Sebab itu untuk 5 tahun lebih tinggi pulangan berbanding 10 atau 15 tahun. Saya perlukan rajah untuk cerita lebih lanjut. Insha Allah saya akan olah, sebab saya memerlukan propektus, graf historikal dan rekod-rekod pulangan sebelum ini.
Mencarum untuk 5 tahun, adalah pilihan saya.
Soalan Keempat: Memilih opsyen ‘Accumulate’ atau ‘Payout’?
Pelan ini ada opsyen pemberian tunai setiap tahun (selepas tahun kedua). Ada dua fasa:
- Fasa Pertama: fasa anda mencarum.
- Fasa Kedua: fasa anda tidak mencarum.
Sebagai contoh anda memilih pelan minima (RM25,000) Vantage dan caruman 5 tahun sahaja dan maturiti;
Pada fasa pertama, anda mencarum. Setiap tahun untuk 5 tahun pertama anda akan menerima wang tunai dari pelan ini sebanyak RM1,000. Selepas itu, fasa kedua anda tidak perlu mencarum lagi, tapi pada tahun ke enam sehingga umur anda 55 tahun anda akan dapat RM2,000.
Apa perbezaan opsyen Accumulate dan Payout?
Jika anda memilih opsyen Accumulate, duit ini tidak diberi secara ‘direct‘, tapi akan dimasukkan ke dalam pelan ini semula untuk digandakan dan diberi dividen mengikut prestasi Dana Ekuiti Prudential BSN Takaful.
Jika anda memilih opsyen Payout, duit ini akan diberi secara ‘direct‘. Anda boleh pilih mana-mana akaun (diutamakan Tabung Haji), duit ini akan dimasukkan kedalam itu dan mengikut prestasi pelaburan Tabung Haji.
Dalam memilih sama ada Accumulate dan Payout, saya memilih Accumulate. Kenapa?
- Prestasi historikal dana sebelum ini. *prestasi masa lepas tidak boleh menjamin pulangan masa hadapan – tapi saya ambil perkiraan juga.
- Portfolio pelaburan ini – dimanakah pelaburan ini dilaburkan? Anda kena lihat propektus bulanan. Kebanyakan pada industri-industri yang berpotensi besar – blue chip. Kalau berminat nak tahu, saya boleh emailkan.
- Ianya dana yang dipakai oleh Prudential BSN Takaful. Jika unit trust pure, sentimen ekonomi gawat – ada potensi pencarum akan mengeluarkan dana itu. Jika dana yang berkaitan takaful, di kala ekonomi gawat pencarum masih mencarum lagi – keseluruhannya, dana ini boleh mencipta keuntungan walaupun pada ekonomi yang lembap.
- Pelan ini dilaburkan di dua jenis pelaburan, ekuiti (pilihan TDE: Takafulink Dana Ekuiti) dan sukuk (ada jua pelaburan di money market). Ekuti 30% (IUA: Investment Unit Account) dan sukuk 70% (MSA: MaxiShield Account). Objektifnya, untuk ‘sustainability‘ dan kestabilan.
Dalam pelan ini, ada dua senario.
- Senario I : IUA (100% TDE) hanya 2%, MSA hanya 3%.
- Senario II: IUA (100% TDE) hanya 9%, MSA hanya 4%
Soal prestasi dana ini, saya bertanya diri sendiri: Bagaimana prestasi Sukuk dan money market?
Saya rujuk di sini:
Rumusan Empat Soalan Di Atas
Lihat balik soalan di atas:
- Mana satu yang terbaik? Classic, Vantage, Prime?
- Maturiti pelan (exit time atau matang) – 55 tahun atau 60 tahun terbaik?
- Caruman hanya untuk 5 tahun sahaja, atau 10 tahun, atau 15 tahun?
- Memilih opsyen ‘Accumulate’ atau ‘Payout’?
Jawapannya:
- Vantage atau Prime. Saya pilih Vantage, soal bajet.
- Maturiti, saya pilih 55. Pilihan umur untuk bersara.
- Saya pilih 5 tahun. Pulangan lebih baik.
- Opsyen ‘Accumulate’. Yakin dengan prestasi pelaburan.
Siapa boleh faham?
Saya kena yakinkan diri sendiri bahawa pelan ini memberi keuntungan kepada saya. Insha Allah saya akan mengambil pelan ini; Vantage, caruman 5 tahun, maturiti pada 55 dengan opsyen Accumulate.
PS: Saya seorang yang sangat teknikal perihal ini, sebab itu nak yakinkan diri sendiri nak ambil pelan ini ambil masa.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment