Diari Ejen – Cerita 90 Peratus Golongan Kegagalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pernah atau tidak, terjatuh dari sesuatu seperti jatuh tangga – dan anda mengadu kesakitan. Kesakitan itu kalau serius, kenalah pergi rawat di hospital atau kllinik.

Saya cerita pasal jatuh, bukan saya nak kaitkan pasal insurans / takaful semata-mata. Saya kurang gemar gunakan sentimen ‘takut’ untuk ‘memaksa’ anda sekurang-kurangnya memiliki satu pelan insurans / takaful. Bagi saya, mendidik lebih baik dari menakutkan.

Soal mendidik.

Kalau saya tanya anda, ‘Mahu tak memulakan bisnes?’ rata-rata akan eksited kata ‘Ya, saya mahu.’ Ada yang sudah berfikir-fikir, bisnes pada umur 30 tahun, umur 35 atau pada 40 tahun. Ada juga yang agresif, sudah menghantar surat perletakan jawatan, jiwa berkobar-kobar hati mahu melakukan sesuatu bisnes.

Bagus, saya suka orang berbisnes.

Tanya kenapa mereka mahu berbisnes. Ada yang kata mahu meningkatkan sumber pendapatan mereka, taraf hidup mereka, tidak mahu dibelenggu arahan bos setiap hari, tak mahu elak sesak jalan raya atau mahukan bebas kewangan. Kata ini mungkin anda lebih ‘familiar’ ; ’90 peratus rezeki itu datang dari perniagaan’ – dan hanya 10 peratus yang berani berniaga.

Ketahui satu perkara; ’90 peratus perniagaan akan lingkup’.

Puan Ainon Mohd (saya suka membaca status beliau setiap hari) dalam status beliau:

  • 93% bisnes bungkus dalam tempoh 3 tahun selepas beroperasi. Bersedialah untuk mengalami bisnes pertama kita bungkus.
  • Jangan membuat produk sendiri secara OEM. Statistik di US menunjukkan 84% produk baru berakhir tersungkur dalam pasaran.
  • 80% bisnes yang yang menggunakan duit bank dan duit grant akhirnya tutup.
  • 90% bisnes francais dalam sektor makanan, pendidikan dan dobi berakhir bungkus.

Melihat statistik di atas, bermaksud orang yang berjaya adalah berapa kerat sahaja!

Tahun 2015, adalah tahun saya banyak belajar tentang ‘kegagalan’ berbanding ‘kejayaan’. Ada yang kata, untuk berjaya anda perlu dikelilingi orang yang berjaya – baru tempias ‘kejayaan’ itu akan sampai pada diri anda dan bisnes anda.

Tapi, untuk belajar tentang bisnes saya banyak bertanya pada orang yang ‘gagal’. Saya lebih berminat pada kegagalan seseorang berbanding kejayaan seseorang. Cerita atau buku-buku orang kejayaan senang didapati dan buku itu laris untuk dijual. Cerita atau buku kegagalan orang berbisnes jarang sekali kita tahu.

Kalau mahu tahu, kisah kegagalan mereka – ajak mereka duduk ‘bersidang’ di meja makan mamak-mamak, bermodalkan secawan teh tarik. Anda boleh jumpa di kampung, melakukan kerja kampung – sebab rumah terjual dek buat pinjaman untuk berbisnes. Dan macam-macam lagi…

 

Cuba tanya, kalau ada kawan yang bisnes tak jadi:

‘Kenapa bisnes kau tak jadi?’

Mereka akan ralat nak ceritakan kepada anda. Sebab cerita kegagalan mereka ‘cerita emas’.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s