Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kalau ikutkan apa yang dikatakan Maslow melalui Maslow Hierarchy, ada beberapa perkara yang boleh memotivasikan manusia. *Anda boleh je Google, The Maslow Hierarchy
Ya, saya bersetuju. Sebagai spesies homosapiens yang mempunyai naluri jiwa dan perasaan, apatah lagi taraf kehidupan yang berbeza – apa yang ‘memetik’ jiwa, yakni motivasi melakukan sesuatu adalah berbeza.
- Ada yang buat sesuatu hanya sekadar mahu mencukupi keperluan asas sahaja.
- Ada untuk taraf sosial, berkereta besar dan rumah besar
- Ada untuk kepuasan tahap abadi – mampu melakukan apa saja di dunia ini
Semalam, saya berjumpa dengan seorang daripada klien saya. Setelah berbual bicara, saya katakan bahawa dia adalah seorang yang ‘signifikan’. Macam mana orang yang ‘signifikan’?
Bagi saya, orang yang dahagakan status, attention daripada orang lain – contoh, berada di atas pentas, dapat anugerah banyak-banyak dan sebagainya. Itu adalah titik kepuasan bagi orang yang ‘signifikan’. Beliau tanya kepada saya, apa yang beliau boleh dapat kalau dia bermula jadi ejen insurans / takaful dan seterusnya leader.
Saya kata ada ENAM:
- Wealth Planner – ada hanya Prudential Wealth Planner, Executive, Senior dan Master.
- Star Club dan Star Club Summit.
- High Producer Fringe Benefit.
- National Annual Award Presentation Night – mengenai ‘ranking’
- President Club
- Million Dollar Round Table
1,2,3 boleh cerita macam mana. 4,5,6 belum buat lagi.
Diri sendiri kena buat!
‘Ibu ketam mengajar anak untuk jalan lurus’
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid