Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
JR Seven adalah salah satu agensi di bawah naungan Khalifah Group. Unit ini adalah unit di mana saya berada, tempat saya bermula karier saya sebagai ejen.
Sekarang di JR Seven menawarkan program keusahawanan untuk sesiapa yang mahu mencebur diri ke dalam industri ini. Ratio untuk berjaya, bergantung kepada beberapa faktor penting; siapakah mentor anda, sistem apakah yang anda guna pakai, apa MST (mindset, skillset, toolset) yang anda – memainkan peranan penting dalam karier anda.
JR Seven telah mengatur TUJUH Langkah untuk Berjaya dalam Program Keusahawanan.
#1. Bagaimana Anda Bermula?
JR Seven & Associates menetapkan syarat untuk menjadi sebahagian daripada anggota champion, anda perlulah mempunyai ketiga tiga sijil seperti di atas. Sijil ini di kecualikan jika anda mempunyai diploma atau ijazah di dalam bidang insurance & takaful.
Untuk mendapatkan sijil sijil di atas, anda boleh mulakan dengan menghubungi sesiapa saja yang anda suka di dalam JR Seven & Associates , (pilih di SINI). JR Seven & Associates juga menyediakan bahan bahan bacaan untuk menyediakan anda untuk menjawab soalan soalan bagi mendapatkan sijil sijil di atas.
Untuk lebih lanjut: Langkah Pertama
#2. Menyediakan Modal
Anda perlu menyediakan modal, di dalam Entrepreneurs Program ini, anda di minta untuk menyediakan sekurang kurangnya 200 nama yang anda akan gunakan untuk menelefon dan kemudiannya pergi berjumpa dengan mereka ini. Kadang kadang biasa terjadi, bila di sebutkan dengan nama sehingga banyak itu, ada yang terkejut.
Tetapi untuk pengetahuan dan persediaan anda, nama/modal itu amat penting. Nama adalah modal dalam Entrepreneurs Program ini.
Bayangkan anda hendak mengadakan kenduri di rumah anda, siapa yang anda jemput untuk datang ke kenduri rumah anda itu?
Itulah nama nama yang perlu di masukkan ke dalam list tadi.
Untuk lebih lanjut: Langkah Kedua
#3. Dapatkan Ilmu Secepat Mungkin
Dapatkan ilmu secepat mungkin dan berulang ulang kali. Dua cara mendapatkan ilmu, satunya melalui pembelajaran atau perbincangan di kelas kelas, yang kedua melalui praktikal bersama sama dengan senior anda di dalam Entrepreneurs Program ini. Apa yang kami maksudkan berulang ulang itu adalah, melakukan aktiviti berulang ulang.
Kata kata orang bijak pandai, “Practice makes perfect, Repetition makes permanent”
Aktiviti secara praktikal ini akan di lakukan bersama sama senior anda di dalam Entrepreneurs Program ini sehingga kami merasakan anda telah bersedia. Dengan aktiviti bersama ini, kami yakin anda yang baru di dalam program ini akan mempunyai serba sedikit persedian ilmu dan skil untuk bermula dan berjaya.
Untuk maklumat lebih lanjut: Langkah Ketiga
#4. Follow The Expert
Follow the expert ! Belajar buang ego anda , semua yang berjaya bermula daripada bawah. Semua yang besar bermula dari kecil.
#5. Lakukan Vital Behaviour
Perform Vital Behaviour (VB) – buat secara VB konsisten, setiap hari selama 100 hari anda yang pertama di dalam program ini.
Vital Behavior ada 5 perkara :
- Phone Calling
- Approaching
- Fact Finding
- Presentation
- Getting New Names
#6. ‘Monitor, Check & Balance’
Monitor , Check & Balance – Tahukah anda setiap kali kita menaiki kapal terbang, ada pilot yang memandu kapal terbang tersebut, mengikut kajian dan kumpulan data data, pada setiap perjalanan, di dapati 70% daripada masa penerbangan kita adalah tidak megikut jadual dan perancangan. ada gangguan daripada angin, keupayaan kapal terbang dan faktor faktor lain , dan apabila berlaku yang demikian itu, pilot and bertindak untuk membetulkan perjalanan seperti yang di rancang – Monitor, check and balance.
Sama juga keadaannya , ketika mengikuti program ini, ada masanya , kita akan monitor, ada masa untuk kita periksa ( check ) dan ada masa untuk kita ambil tindakan untuk membetulkan seperti yang di rancang. JR Seven & Associates mempunyai tenaga dan keupayaan untuk melakukan ” Monitor , Check & Balance” ini untuk anda yang baru.
#7.Berdoa dan memohon daripadaNya.
Yakin dan beriman dengan janjiNya. Jika kita berusaha, dan selalu meminta minta dariNya, pasti akan dapat.
Kredit: JR Seven & Associates
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid