Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Walaupun saya ini ejen takaful, ada je soalan daripada klien-klien saya luar topik. Saya ditanya soal pewarisan harta simpanan pelaburan di ASNB. Ambil contoh – Amanah Saham Bumiputera. Alhamdulillah, ambil tahu setelah saya khabarkan tentang pewarisan takaful.
Kalau lihat dalam pamplets di cawangan ASNB, ianya ‘tool’ membantu mengagihkan pelaburan kepada keluarga tanpa perlu proses pentadbiran harta pusaka yang rumit dalam masa 21 hari*. Senang cerita, ianya perkhidmatan pengurusan harta.
Ada beberapa poin telah di-highlight-kan:
- Anda yang menentukan penerima dan peratusan pembahagian.
- Penerima adalah penerima mutlak.
- Anda masih mempunyai kawalan penuh, menikmati manfaat terhadap pelaburan selagi anda masih hidup.
- Pengagihan dibuat dalam masa 21 hari (tempoh bertenang) dari tarikh dituntut.
- Ada fi, tapi kompetitif.
Kalau tanya saya, kenapa perlunya buat Hibah Amanah ini? Sebab kalau tanpa Hibah Amanah:
- Proses pengagihan panjang dan rumit.
- Tertakluk bawah Akta Pembahagian 1958/Faraid/persetujuan daripada waris yang dinyatakan di dalam surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet.
- Waris / ahli keluarga perlu melakukan kesemua tugas dan proses dan menanggung semua kos.
Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi apabila anda mahu membuat Hibah Amanah ini:
Pemberi
- Pemegang unit berusia 18 tahun ke atas.
- Pelaburan minimum 1000 unit.
- Unit Amanah bebas dari cagaran.
Penerima
- Hanya 10 orang sahaja.
- Tiada had umur. Penjaga yang sah perlu dilantik bagi penerima yang berumur bawah 18 tahun.
Ketahui, hanya unit amanah ASNB sahaja boleh disenaraikan dalam Hibah Amanah ini. Kemudian, penerima juga perlu menandatangi perjanjian Hibah Amanah sebagai persetjuan. Jika sudah ada wasiat, boleh juga mendaftar dan perlu kemaskini wasiat selepas mendaftar.
Boleh faham kan?
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment