Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Siapa dah mula-mula berkira hari ke penghujung 2015?
Ada yang tidak, ada yang ya.
Minggu ini saya ditimbuni kerja rumah dan latihan mengenai Neuro Linguistic Programme. Nama pendek, NLP. Saya sedang dalam menghabiskan sesi pentauliahan NLP Basic Practitioner dalam dua minggu ini. Alhamdulillah, sedikit sebanyak baru saya faham bagaimana kepala otak saya berfungsi. Sudah ada beberapa perubahan dalam hidup saya, berubah ke arah positif.
Kenapa saya menyibukkan diri untuk NLP? Sebab saya lihat kebanyakan orang yang hebat sekurang-kurangnya mahir menggunakan minda dengan bantuan NLP. Contohnya, Dr. Azizan Osman dan Haji Fadzli Yusof (siapa kenal, anda memang hebat). Saya tahu mengenai NLP, apabila saya pergi belajar ke ABC – Awareness Before Changes. Iaitu satu program di bawah Prudential itu sendiri, melatih dan mendidik ejen-ejen tentang beberapa perkara seperti nilai-nilai murni, cara set target dan ‘personal statement’.
Walaupun saya baru sahaja 3 hari di sesi pentauliahan NLP, rupanya baru saya faham; kebanyakan program motivasi berkesan hadir daripada NLP. Senang cerita ABC adalah dari NLP. Baru saya tahu kenapa kita perlu buat ‘vision board’ pada waktu pagi. Ianya berkaitan dengan gelombang minda dalam kondisi yang sangat tenang.
Ini adalah apa jua yang diajar oleh Dr.Azizan Osman dalam IMKK (Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan), dan gurunya sendiri Anthony Robbins. (Anthony Robbins menggunakan NLP yang diubah suai nama NAC)
Hilang Wiper Kereta
Sebentar tadi sebenarnya saya baru sahaja hilang wiper kereta, barangkali dirembat oleh orang memerlukannya.
Minggu lepas, terdetik dalam hati wiper kereta saya patut ditukar sebab bila hujan, tak dapat menyapu air hujan dengan baik. Tetapi saya tangguh hampir ke minggu ini. Pagi tadi, sebelum hujan di petang saya perasan kereta saya masih lagi mempunyai wiper. Ketika hujan, saya berada di dalam KFC untuk membuat ‘appointment’.
Bila saya keluar, saya tak perasan yang bahawa wiper saya hilang. Saya teruskan perjalanan. Setibanya di pejabat, saya lihat dan saya rasa hilang sesuatu – wiper kereta!
NLP mengajar supaya menjaga emosi dengan pelbagai teknik. Saya cuba aplikasikan teknik swish pattern. Mengubah satu keadaan kepada satu keadaan dengan cepat. Lalu saya mengangkat tangan sebagai satu ‘anchor’ petanda saya lega dan positif.
Saya berasa lebih selesa dan duduk sekejap dan berfikir beberapa perkara positif. Baru saya teringat, yang saya pernah kata pada diri sendiri bahawa wiper kerete perlu ditukar. Sekarang, memang ditukar tapi dengan cara ‘ada orang ambil’.
Saya menghalalkan apa yang orang itu curi, mungkin si pencuri memerlukan lebih lagi-lagi ketika musim hujan tak menentu ini. Saya pula akan dapat menggunakan wiper baru esok! Terus terang saya tak sabar menunggu esok hari.
Ada beberapa perkara lagi yang menarik berlaku yang saya tak sempat ceritakan. Alhamdulillah, sudah ada beberapa rakan yang melahirkan anak telefon saya katakan untuk ambil polisi baru. Hikmah hilang wiper.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid