Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Antara soalan-soalan ejen baru yang popular adalah; nak sembang apa ye dengan prospek? – padahal banyak benda boleh tanya.
Jangan risau dan khuatir. Saya juga pernah melalui perkara yang sama walaupun prospek itu adalah kawan sendiri! Saya juga jammed kepala nak cakap apa dengan prospek.
Ini apa yang saya belajar sebelum ini, gunakan formula FORM supaya tak adalah blur sangat di hadapan prospek nanti. Sebelum kita melakukan ‘presentation’ adalah lebih baiknya buat rapport atau bahasa senang difahami, mencari titik persamaan atau prospek itu selesa dengan kita. Saya suka berbual-bual sesuatu tajuk untuk mencari persamaan (atau hampir sama) dengan diri saya.
Formula FORM
- F – Famili
- O – Organisation
- R – Recreational
- M – Material
Macam mana mahu gunakannya? Contohnya, saya mengambil F iaitu family, saya akan mula bertanya: Abang asal dari Perak ke?
Kalau jawapannya, YA dan anda orang Perak – bolehlah sambung menyembang pasal Perak di daerah mana. Boleh luaskan, belajar mana, mak asal mana, lepas tu pergi mana dan macam-macam lagi.
Kalau jawapannya, YA dan anda bukan orang Perak – anda boleh cari perkaitan lain. Mungkin saudara anda berada di Perak ke, kawan di Perak ke.
Gunakan FORM untuk lebih mudah mendapatkan rapport dan trust!
Tambahan:
- F – family; keluarga, asal usul, adik beradik, tempat tinggal
- O – organisation; kerja mana, sekolah mana, kelab mana
- R – recreational; hobi apa, selalu buat apa
- M – material; kerja naik apa, ada buat bisnes ke
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment