Diari Ejen – 3 Tahun Jagung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kalau ketika cuti anda sedang membaca cerita #DiariEjen ini, maknanya anda tengah mencari sesuatu dalam diri anda. Ada mula tanya, ‘Kau tak hapdet blog ko ke?’ – ya, tak. Kesurutan masa, ada hal kena saya ‘complete’kan tahun ini. Tahun 2015.

Sebentar tadi, baru sahaja habisnya Annual Planning Workshop (APW) Khalifah Group. Ianya adalah signifikan besar kepada saya. Di platform ini, saya ceritakan kali pertama impian saya kepada manusia luar lebih dari 30 orang (ketar beb!). Impian nak buat apa, nak jadi apa, nak pakai kereta apa dan nak melancong kemana. Kali pertama saya berada di APW adalah pada tahun 2012, masa itu tak reti apa pun pasal dunia ejen ini.

Biasanya, kalau kita mahu berazam untuk tahun depan bulan Januari kita fikir baru nak buat apa. APW mengajar saya, untuk anjakkan beberapa hari sebelum tahun berikutnya. APW kali pertama, adalah kali pertama saya sangat serius dengan impian saya.

Hari ini tahun 2015, 25 Disember.

Ini APW yang ke empat saya sertai.

Bermakna sudah 3 tahun saya berada dalam industri ini. 3 tahun ‘kejagungan’. 3 tahun ini, bukan bermaksud saya sudah ‘expert’ – pandai segala hal, boleh buat itu boleh buat ini. 3 tahun ini adalah tahun yang tanpa saya sedari, banyak perubahan berlaku dalam hidup saya.

3 tahun ini, kalau cerita dalam bentuk graf ianya bukan semata-mata, naik, naik dan terus naik. Ada masanya, saya jatuh ke bawah. Saya manusia biasa, ada waktu semangat dan ada waktu ‘down’. Adakalanya, boleh sapu segala ‘award’, adakalanya melihat orang lain menyapu ‘award’.

Belum lagi perihal melakukan kesilapan dalam beberapa perkara. Tapi soal kesilapan itu yang membantu saya untuk terus pergi ke hadapan. Tanpa sedar, hari ini 25 Disember tahun yang berbeza – saya lihat belakang. Begitu cepat masa berlalu. Cuma saya tak sangka, 3 tahun lalu saya insan lain.

Mungkin kalau tidak buat keputusan tahun 2012, untuk jadi seorang ‘fulltimer’ saya masih memakai pakaian seragam kilang, masuk pukul 7.30 pagi dan pulang lewat malam. Hujung minggu bekerja dan rutin harian berulang-ulang.

Saya bukan nak kata kerja kilang tu teruk. Tak, saya cuma rasa bersyukur saya berubah menjadi lebih baik. Itu je.

Sekali lagi, 3 tahun dalam dunia baru, dunia bisnes bukan petanda saya hebat. Saya masih jagung. Saya masih dalam proses belajar, untuk sentiasa menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Apa jua yang terjadi pada tahun 2015, saya bersyukur. Ianya adalah proses untuk menjadikan saya lebih baik.

Doakan saya untuk tahun berikutnya, 2016. Tak mengharapkan lebih, hanya doa kalian.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisements

2 responses to “Diari Ejen – 3 Tahun Jagung

  1. Saya berminat untuk joint tapi bagaimana nak memulakan nya. Lately ni saya suka membaca tip-tip mengenai insuran dan komen-komen yang membina. Blh hubungi saya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s