72 Jam Pertama, Kerjaya Seorang Ejen Insurans / Takaful.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kalau anda seorang ejen baru dalam dunia insurans / takaful, saya ucapkan tanniah. Dengan mentor yang betul, sistem yang bagus dan karektor anda yang komited – insha Allah anda seorang yang sukses dalam dunia ini.

Saya ucapkan SELAMAT DATANG. Terus terang, jikalau saya seorang introducer yang membawa anda ke dalam dunia ini, saya teruja bahawa anda telah membuat keputusan untuk menjadi bakal ‘leader’, bermula dengan seorang ejen insurans / takaful.

Saya ditanya apakah perlu buat bila anda sudah buat keputusan untuk menjadi ejen insurans / takaful? Saya akan menulis langkah-langkah yang mudah dahulu dalam masa 72 Jam Pertama Anda iaitu Mendapatakan Jualan Pertama Anda.

 

5 Langkah Mudah untuk Membuat Jualan Pertama

#1. Tentukan MATLAMAT anda.

Dalam 72 jam pertama anda, mula dengan mengenal pasti apa yang anda mahu daripada dunia perniagaan insurans / takaful. Anda boleh melakukan ini dengan menjawab beberapa soalan mudah:

  • Adakah matlamat anda untuk bekerja separuh masa atau sepenuh masa?
  • Berapa banyak wang yang anda ingin perolehi?
  • Secepat mana anda boleh memulakannya?

#2. Fahami dan baca semua polisi anda.

Sesiapa yang mahu menjadi ejen insurans / takaful, dinasihatkan perlu mempunyai sebuah polisi terlebih dahulu. Biasakan diri dengan terma dalam polisi anda. Polisi anda adalah teras pemahaman anda tentang insurans / takaful.

Anda seorang yang efektif jika anda biasa dengan atau faham dengan polisi anda. Kalau anda sudah mempunyai pengalaman tuntutan insurans / takaful, ianya lebih mudah. Jadi, jika belum lagi ambillah dahulu satu polisi dan fahamkan. Gunakan ejen anda.

#3. Telefon orang yang anda kenali.

Berapa ramaikah orang yang anda boleh dekati dan berkongsi cerita tentang kepentingan insurans / takaful atau pengalaman anda dalam masa 72 jam seterusnya? Buat satu senarai kawan-kawan, saudara-mara dan kenalan dan beritahu mereka tentang produk dan peluang perniagaan di insurans / takaful.

Ini adalah ‘natural & warm market’ anda. Kemaskan penampilan anda & bawa polisi anda. Kenalkan diri anda, untuk berkongsi pengalaman menguruskan wang.

Anda akan terkejut bila mendapati bahawa anda boleh berhubung dengan lebih ramai orang yang berminat untuk mempelajari bagaimana menguruskan wang atau kepentingan insurans / takaful.

#4. Tentukan Tarikh

Cari apa yan dikehendaki oleh prospek anda. Adakah mereka berminat untuk simpanan persaraaan? Dana kecemasan hospital? Dana pendidikan?  Atau dana perlindungan pendapatan?

Sebaik sahaja anda tahu apa yang mereka mahu, tentukan tarikh untuk berjumpa – tempat dan masa. Ini akan mengambil masa beberapa minit untuk satu sesi atau boleh dijadualkan untuk diadakan pada masa lain. Pastikan anda membuat susulan dalam tempoh 24 jam.

#5. Berkongsi apa yang anda tahu / pengalaman anda / kisah anda.

Berkongsi hasil anda dengan sesiapa dan semua orang!

Jadi ‘testimonial’ kepada pelan insurans / takaful anda. Orang akan menyaksikan keghairahan anda bila anda bual mengenai dari pengalaman dan pengetahuan anda.

Insha Allah, dengan beberapa teknik penyampaian yang bakal diajar oleh ejen-ejen senior, seperti saya, mungkin prospek ini akan ambil insurans / takaful melalui ana. Tanniah! Anda berjaya membuat satu jualan!

 

Jadi apakah langkah seterusnya?

Sebaik sahaja anda mempunyai seorang pelanggan, luangkan masa untuk membuat susulan secara tetap dengan mereka. Ia akan membantu anda berada di landasan yang betul dan mereka akan menghargai sokongan dan galakan.

Minta rujukan dari orang yang lebih hebat, hadiri latihan dan mula kembangkan bisnes anda. Ajar orang lain apa yang anda sudah pelajari. Duplikasikan kejayaan anda!

Bisnes insurans / takaful adalah mudah. Anda mempunyai polisi, fahami polisi anda dan berbual dengan semua orang.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s