Diari Ejen – Lihat Siapa Bos Anda Sekarang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tatkala semua orang bercuti panjang dari hari Maulidur Rasul sehingga ke perayaan Krismas, sambung lagi Sabtu Ahad. Malah ada yang sambung sampai 1 Januari – ada yang mahu jumpa saya atas kapasiti, bantu mereka untuk merancang tahun depan.

Apabila nak masuk fasa 2016, semua orang eksited mahu mempunyai cita-cita baru. Itu normal. Itu juga berlaku pada kadar pendaftaran masuk gym, tinggi pada setiap bulan Januari.

Faham, fitrah manusia untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dan baik untuk diri sendiri. Mana ada yang mahu ke belakang. Semua mahukan kejayaan – tak kisah sekecil mana atau sebesar mana.

Saya faham beberapa perkara untuk menjadi seorang yang berjaya. Peraturan yang anda kena faham, siapakah mentor anda dan siapakah kawan-kawan anda.

Dalam dunia pekerjaan anda, untuk senang anda ‘predict’ bagaimanakah gaya hidup anda 10, 15 atau 20 tahun akan datang adalah melihat siapakah bos anda. Anda adalah bakal menggantikan bos anda suatu hari nanti.

Tapi…tanya diri anda semula, adakah anda betul-betul ingin duduk di tempat bos anda bekerja? Jika YA, teruskan. Tidak pada saya. Bos saya, apa yang saya lihat sangatlah sibuk. Kerja pulang lewat, Sabtu kena datang kerja, cuti pun kena kacau oleh majikan dan sibuk mesyuarat sana-sini.

Jikalau saya melihat diri saya dalam keadaan itu – alamat, itu bukan apa yang saya mahukan!

Saya bukan bermaksud supaya anda membenci bos anda sekarang. Ya, impian saya memang ada untuk menjadi seorang ‘bos besar’. Cuma, bukan karektor bos yang sebegitu saya mahu.

 

PS: Terima kasih bos saya ketika saya bekerja dahulu, Mr. Amran & Mr. Garim.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s