Skrip Panggilan Telefon untuk Ejen Insurans / Takaful

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Proses jualan, memerlukan anda banyak bercakap (banyak ke?) Tapi banyak bercakap tapi tak menjurus kepada jualan pun, tak berguna. Setuju? Walaupun ada ramai ejen kata, ‘Saya buat panggilan telefon 50 panggilan sehari’ – tapi yang sudi berjumpa dengan anda hanya 1 orang.

Soalannya, adakah itu efektif?

Membuat panggilan telefon, ada yang suka buat dalam kumpulan. Ada yang suka buat secara sendiri. Saya lebih suka buat secara sendiri, sebab ketika melakukan panggilan telefon sebenarnya saya sedang berlakon berhadapan prospek / klien saya.

Bagaimana saya melakukan panggilan telefon?

Saya tuliskan dalam langkah-langkah:

 

#1. Saya bermula dengan ucapan Assalamualaikum dan selamat pagi.

Ya, saya sentiasa ucapkan selamat pagi. Ada prospek tanya, ‘Eh, sekarang bukan tengahari ke?’ Memang tengahari, kalau prospek tanya saya akan mula berbual kenapa saya menyebut selamat pagi.

Selamat pagi, bermaksud saya dalam keadaan ‘fresh’ sentiasa.

 

#2. Saya tanya ‘Apa khabar?’ dan gunakan nama penuh.

Saya tanya sihat ke tidak, dan gunakan nama penuh. Nak beritahu, adakah ini orang yang betul. Kalau salah, tanya nama semula.

 

#3. Minta izin untuk bercakap.

Tanya dulu, adakah ini waktu sesuai untuk bercakap dengan diri beliau. Jika tidak boleh, kata yang anda akan telefon semula pada waktu lain. Tak perlu beritahu anda dari mana pun boleh (saya tak bagitahu saya dari mana pun).

Pastikan beliau tidak sibuk ketika anda hendak mulakan perbualan. Saya jarang lakukan panggilan telefon hari isnin. Saya lakukan setiap pagi Selasa, Rabu dan Khamis waktu pukul 9.30 hingga 10.30 pagi. Khamis malam, saya hanya telefon klien-klien sahaja. Sabtu pagi, saya telefon untuk menetapkan jadual minggu hadapan.

 

#4. Kenalkan diri anda.

Setelah anda mendapat keizinan, beritahu siapa diri anda – nama sahaja. Dengar respon dari mereka dahulu. Ulang dua kali sesi perkenalan anda.

‘Saya Mohd Adib.’

‘Encik, sedang mendengar ke? Saya Mohd Adib’

Saya buat begini, untuk pastikan mereka sebut nama saya.

 

#5. Beritahu dapat nombor panggilan ini dari mana.

Kebanyakkan akan tanya, daripada mana anda dapat nombor ini. Jika daripada sumber referrals, katakan ianya datang daripada si polan bin polan. Kaitkan prospek dengan siapa yang memberi referrals.

‘Saya dapat nombor cik XXX, dari kawan cik sekolah rendah dulu. Nama dia XXX, cik kenal kan?’

‘Cik kenal tak XXX? Dia yang bagi nombor cik pada saya’

Kalau ianya sumber dari mana-mana, iaitu cold-call.

‘Saya dapat nombor cik dari senarai orang-orang yang berjaya yang disediakan oleh syarikat saya.’

Ini adalah skrip yang saya gunakan dulu. Tapi sekarang saya jarang gunakan. Hari ini saya banyak bermain di referrals.

 

#6. Beritahu tujuan anda telefon.

Ya, beritahu tujuan anda telefon. Tujuannya adalah untuk berjumpa dan berkongsi pendapat anda tentang insurans / takaful. Jika ianya sumber referrals, katakan mahu kongsikan pelan yang kawan dia ambil.

 

#7. Tetapkan tarikh pertemuan.

Gunakan taktik memberi pilihan kepada prospek anda. Misalnya,

‘Mahu jumpa pukul 4 atau 5?’

‘Mahu jumpa weekend atau weekdays’

Jadikan yang dibelakang ‘5’ atau ‘weekday’ sebagai keutamaan anda. Kebiasaanya prospek akan memilih jawapan di belakang. Sama konsep kalau tanya budak, ‘Suka ayah atau mak?’ dan ‘Suka mak atau ayah’. Minda manusia mempunyai kecenderungan memilih jawapan belakang.

 

#8. Simpulkan panggilan anda.

Ulang semula maklumat-maklumat pertemuan anda. Katakan anda sudah tulis dalam diari anda.

‘Okay, cik. Saya dah jot down dalam diari saya. Hari Selasa, pukul 5, di Wangsa Walk.’

Pastikan anda follow up semula pada 24 jam sebelum perjumpaan itu, yakni satu hari sebelum.

 

#9. Ucap terima kasih.

Jangan lupa ucap terima kasih, dan sebut insha Allah kita akan bertemu.

 

#10. Ingatkan supaya simpan nombor telefon anda dengan nama Adib Yazid.

Saya akan ‘remind’ supaya prospek terus save nombor saya dengan nama saya mahukan.

‘Okay, cik. Save nombor ini ye, sekali lagi nama saya Adib Yazid.’

 

 

Ini adalah contoh panggilan yang tanpa bantahan jualan.

Mengenai bantahan jualan, saya akan huraikan pada entri yang lain. Tips tambahan saya selalu pakai adalah:

  1. Gunakan bluetooth, atau headset – supaya tangan anda bebas untuk melakukan aksi seolah anda berdepan dengan prospek.
  2. Lakukan dalam keadaan berdiri – supaya lebih eksited.
  3. Senyum dahulu, sebelum menelefon.
  4. Berdiri di hadapan cermin – lihat ekspresi anda depan cermin.
  5. Pastikan ada pen dan kertas di hadapan anda, untuk jot down maklumat penting.

 

Apa yang saya beritahu ini, adakah memberi manfaat kepada anda?

Kalau ya, kongsikan kepada rakan ejen yang lain.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

1 Comment

  1. Risan says:

    Trlebih dahulu sy ucapkan terima kasih do atas sharing yg amat brmnfaat itu. Sy akn aplykn in sha Allah…

    Like

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s