3 Cara Popular Mendapatkan Prospek

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

Banyak cara untuk mendapatkan prospek. Saya senaraikan 3 cara popular, yang telah diajarkan kepada saya:

  1. Referred Leads
  2. COI – Center of Influence
  3. Personal Observation

 

#1. Referred Leads

Ini dikatakan cara paling terbaik digunakan dalam ilmu prospecting. Caranya adalah bila anda diperkenalkan oleh orang lain (dari kawan-kawan anda yang kenal).

Tambahan, orang yang telah memperkenal prospek mestilah seorang yang sudi membenarkan namanya disebut ketika mahu berhubung prospek nanti. Apabila referrals sudi berjumpa anda, sebenarnya mereka bukan semata-mata seorang perfect stranger.

Ada  waktu sesuai untuk minta senarai Referred Leads:

  • Ketika menghantar polisi.
  • Ketika sudah selesai menyiapkan permohonan / perjumpaan.
  • Ketika menyampai tuntutan insurans / takaful.

Anda boleh gunakan skrip seperti:

  • Ada tak kawan-kawan baru kerja?
  • Ada tak kawan baru dapat anak?
  • Ada tak kawan baru naik pangkat?
  • Ada tak berada di sini (nama tempat)?

 

#2. Center of Influence

COI adalah seorang yang sentiasa membantu anda memberi nombor-nombor baru. Mereka adalah seorang yang mempunyai kredibiliti tinggi dan dikenali ramai pada tempat dia berada.

COI boleh dikatakan tulang belakang kepada bisnes anda. COI mempunyai karektor sudi membantu orang lain, terutama kareer anda. Mereka juga seorang yang mempunyai pengaruh besar kepada satu-satu komuniti. Ciri-ciri anda boleh cipta, tapi 3 ciri ini pasti ada:

  • Seorang yang mempunyai kenalan yang ramai, sangat energetik, konfiden yang tinggi. Popular.
  • Mempunyai pengetahuan luas dalam bidang mereka ceburi, seorang yang specialist dalam apa mereka lakukan. Disebabkan mereka specialist, mereka menjadi rujukan orang lain.
  • Seorang yang mempunyai gaya memujuk yang bagus. Bukan seorang jurujual tapi mempunyai ciri-ciri jurujual.

 

#3. Personal Observation

Seorang ejen yang bagus mempunyai ketajaman mata yang jelas untuk memerhati keadaan sekeliling. Apabila anda berada dalam satu-satu majlis, anda akan dengar dan lihat dengan teliti keadaan sekeliling.

Apa-apa pun, pengalaman saya jadikan mereka sebagai kawan dulu sebelum anda terus ‘approach’ secara terus.

 

Pastikan apabila anda menggunakan ketiga-tiga cara, catatkan dari mana anda dapat sumber. Dari situ anda boleh tahu kekuatan diri anda.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s