Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya percaya, rata-rata datang dari sistem pendidikan yang sama. Tak kisah samada dari sekolah kebangsaan, sekolah agama, atau sekolah integrasi. Selepas itu barulah anda kenal apa itu SBP (sekolah berasrama penuh), MRSM dan sebagainya.
Satu tingkatan atau darjah ada 4 kelas, 2 kelas atau pun di kampung, hanya ada satu kelas sahaja.
Ada sistem dalam sekolah menentukan kedudukan pelajarnya melalui berapakah nombor yang mereka dapat dalam peperiksaan yang lalu, selalu dirujuk peperiksaan akhir tahun kan? Yang pandai duduk kelas depan, yang kurang sikit duduk di kelas belakang.
Dalam sebuah agensi, proses ‘segmentation’ atau bahasa Melayu yang boleh difahami adalah segmentasi iaitu pembahagian. Ada sesetengah berpendapat bahawa, segmentasi ini tidak bagus kerana memecahbelahkan. Bagi saya ianya adalah bagus, kerana untuk mencapai sesuatu dalam hidup disebabkan faktor pengaruh emosi atau apakah yang memberi motivasi berbeza.
Orang kaya, motivasinya bukan duit tapi lebih kepada ingin membuat kebajikan. Manakalanya motivasi golongan pertengahan, dalam kerja yang tetap. Saya ambil sebagai contoh.
Dalam pembinaan agensi, saya juga ingin menggunakan segmentasi ini. Saya membuat peng-kelas-an berdasarkan keputusan yang mereka buat setiap bulan.
Saya membahagikan kepada EMPAT kumpulan UTAMA:
- Expandable
- First
- Key Vital
- Star
Saya dapat idea ini dari permainan konsol Football Manager 2014. Dalam satu kumpulan yang seimbang, saya memerlukan elemen keempat-empat ini. Saya gunakan analogi bola sepak:
Satu pasukan bola sepak yang mempunyai kesemuanya pemain taraf bintang adalah bagus, tetapi kumpulan ini akan mengalami isu besar kepala yang banyak – itu yang berlaku pada Real Madrid ketika polisi Galaticos dipakai.
Pasukan yang keseluruhannya pada tahap yang sama average, juga tiada sumber inspirasi. Lebih baik mempunyai keempat jenis pemain dalam satu pasukan. Itu yang saya percaya.
Sebelum ini, saya lebih menumpukan empat grup seperti:
- Star Club
- PWP
- Rookie
- MOC
Bila di-namakan pasukan ini hanya berdasarkan pencapaian, saya rasa umpama meletakkan satu limit kepada mereka. Saya ubah nama. Gambar ini adalah satu petunjuk bagaimana saya mahu agensi saya beroperasi suatu hari nanti.
Anda nak tiru, suka hati. Saya pun faham konsep ini dari buku Leading tulisan Sir Alex Ferguson.
Soalannya, anda mahu jadi ejen yang bagaimana?
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid