Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pernah tak anda rasa macam begini? – anda semangat nak buat satu azam. Saya ambil contoh mahu kuruskan badan. Anda semangat, hari pertama, hari kedua. Lepas seminggu anda masih semangat lagi. Lama-lama, impian entah kemana malah jadi lebih teruk!
Proses berubah ke arah lebih baik, secara realitinya adalah sukar. Tapi untuk berubah, anda perlukan FORMULA, iaitu perancangan penting sebelum berubah.
Formula untuk berubah, adalah formula LUCK.
Apa itu LUCK? – TUAH? Bukan. LUCK adalah singkatan untuk Logistik, Understanding, Commitment & Knowledge.
Formula LUCK
L (Logistic)
Untuk berjaya dalam satu perkara, anda kena faham logistik anda terlebih dahulu. Saya mengambil contoh salah satu impian saya menjadi seorang jutawan. Untuk menjadi seorang jutawan, adakah kebolehan saya menjadi seorang jutawan potensi besar jika saya seorang yang kerja di syarikat multinasional sahaja?
Jawapannya adalah sukar! Anda kena selalu berkomunikasi bersama jutawan-jutawan lain, barulah anda dapat idea menjadi seorang jutawan. Maksud besar di sini, anda kena tahu dengan siapakah anda berkawan. Ini adalah konsep logistik.
Anda mahu pendapatan RM4000, anda kena berkawan dengan orang yang pendapatan RM4000. Purata pendapatan kawan-kawan anda, adalah pendapatan diri anda. Tak percaya cuba kira. Jadi, jaga logistik anda. Berkawan dengan orang yang positif dan berborak pasal idea. Orang yang bijak selalu borak pasal idea.
U (Understanding)
Anda kena faham, kenapa anda ingin berubah. Selalu orang berubah tapi tiada tahu sebab atau tujuan yang jelas kenapa hendak berubah. ‘Saya ingin berubah sebab kawan nak saya berubah’.
Perubahan yang baik adalah bersandarkan pada emosi seseorang atau nama lain ‘the compelling reason’. Saya nak jadi jutawan, adakah sebab utama nak jadi jutawan hanya kerana mahu berpoya-poya kemudian hari? Sekarang pun kalau nak berpoya-poya pun boleh.
Jadi, saya tetapkan bahawa tujuan utama saya ingin menjadi jutawan adalah memberi inspirasi kepada rakan-rakan lain. Tambahan, apabila menjadi jutawan sumber kewangan lebih banyak boleh bantu keluarga, masyarakat dan seterusnya agama. Tak gitu?
C (Commitment)
Impian sekadar impian memang tak kemana-mana. Impian yang disertakan dengan komitmen dan kesungguhan barulah ianya ‘impian’ sebenar.
Mempunyai impian adalah mudah. Anda baring, tengok siling rumah dan bayangkan kereta mewah dan rumah yang anda idamkan. Tapi, itu je la. Sekadar dalam minda.
Mencapai impian mempunyai pakej tertentu. Sudah tentu komitmen. Mungkin anda kena bekerja pada hari cuti demi impian anda. Mungkin anda kena korbankan masa bersama keluarga sebentar untuk kesenangan akan datang. Kena bangun seawal pagi, dan pulang lewat pada waktu malam.
Anda takrifkan sendiri apakah komitmen yang anda sanggup berikan. Ingat, apa yang anda beri adalah apa yang anda dapat!
K (Knowledge)
Berubah memerlukan ilmu dan pengetahuan. Anda kena belajar sesuatu untuk berubah. Anda mahu jadi pandai, anda kena berguru dengan orang yang betul dan baca buku yang benar.
Proses perubahan adalah proses yang kurang selesa. Anda mungkin takut (jika bukan anda, minda akan akan tidak selesa). Cara menangani ketakutan adalan pengetahuan. Tahu satu perkara dan bertindak lebih baik daripada bertindak tanpa tahu satu perkara – ianya bodoh.
Sebab itu sekarang wujud ‘yuran kebodohan’. Dah hilang beratus ribu, baru sibuk nak belajar setelah buat silap. Mendapat pengetahuan yang senang adalah berguru. Jika segan, membaca buku-buku berkaitan. Sebaik-baiknya berguru. Di sekolah, nak belajar pun kena berguru, apatah lagi anda hendak berubah dari mentaliti bekerja ‘makan gaji’ ke dunia bisnes.
Formula LUCK ini saya belajar dari Dr. Azizan Osman di Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan Februari 2015 yang lalu. Bagi saya ini adalah formula penting untuk berubah ke arah suatu yang lebih baik.
Nabi Muhamamad SAW pun berubah logistik, dari Mekah ke Madinah untuk memperluaskan ajaran Islam. Suasana di Mekah sukar penuh dengan cabaran. Suasana di Madinah pula, lebih kondusif apatah lagi dengan bantuan golongan Ansar.
Faham ke sangat faham?
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment