Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pre Approach, adalah langkah kedua dalam The Sales Cycle dan saya katakan ianya adalah langkah yang kerap diabaikan. Ianya langkah kebanyakan merangkumi persiapan anda sebelum berjumpa dengan prospek. Persiapan ini termasuklah persiapan fizikal dan mental.
Persiapan yang bagus, anda bakal mempunyai gaya ‘approach’ yang kemas iaitu langkah ketiga dalam The Sales Cycle. Kebiasaanya, bagaimana ada membuat persiapan berkait rapat pada target pasaran yang anda mahu masuk.
Sebelum melangkah lebih jauh, fahami pasaran anda. Gunakan 5 soalan penting:
- Dimana mereka tinggal.
- Siapa dia yang bakal saya berjumpa.
- Kenapa saya perlu berjumpa mereka.
- Apa umur mereka.
- Apa yang mereka perlukan.
Selepas itu, anda kena letakkan minda anda seperti mereka. Jika mereka dari latarbelakang kerja awam, anda kena faham karektor seorang pekerja awam. Disamping itu juga, anda perlu melatih gaya badan anda bila bertemu dengan prospek. Elakkkan gaya malas, tangan menyilang dan sebagainya.
Ada 3 ELEMEN penting sebagai persiapan, guna konsep 3A:
#1. Appearance : cipta imej yang bagus. Kemas bukan penting, tapi dilihat kemas lebih penting.
#2. Attitude : cipta tabiat yang bagus. Datang awal dan pergi kemudian. Jadi seorang pendengar yang setia.
#3. Ability : siap sedia semua perkara. Siap sedia fizikal dan mental.
Saya akan huraikan kepada lebih mendalam.
Appearance (Penampilan)
Pandangan pertama akan sentiasa diingati. Suka atau tidak, apa yang kita pakai memainkan peranan penting. Bila kita sebut pasal penampilan, ada tiga perkara kena fokus.
- Pemakaian
- Dandanan
- Kesihatan
Pemakaian adalah yang selalu dilihat, dan lebih memberi impak dari apa yang kita bakal katakan. Di sini kunci penting, pemakaian yang melambangkan profesional.
Soal dandanan pula, bukan sekadar pakaian tapi kemas dan tidak berbau juga isu yang anda patut lihat. Pastikan tidak kotor. Bahagian lain adalah rambut anda perlu diminyakkan dan kuku anda sentiasa dipotong.
Kesihatan, anda dilihat seorang yang sihat. Pastikan anda selalu bersenam dan makan makanan yang sihat.
Attitude (Kelakuan)
Attitude adalah suatu bagaimana anda respon terhadap satu orang atau keadaan, berdasarkan sistem kepercayaan anda. Gaya tubuh badan melambangkan gaya anda berfikir. Gaya tubuh badan positif melambangkan anda berada dalam keadaan positif.
Ini beberapa contoh kelakukan yang patut anda ikuti.
- Sentiasa datang awal, 5 minit sebelum.
- Profesional. Gunakan panggilan encik / cik. Panggil nama jika dibenarkan. Bagi kad bisnes, dan jangan panjangkan waktu perjumpaan jika tidak perlu.
- Seorang yang memberi tumpuan dan ramah mesra.
- Buang sikap tak elok, seperti gigit kuku, main rambut atau menguyah gula getah.
- Sentiasa ucap terima kasih apabila sudah selesai.
Ability (Kemampuan)
Di sini ada dua perkara kena fokus; persiapan mental dan kesediaan fizikal.
Persiapan mental – kenali prospek anda. Buat homework sebelum berjumpa. Ini memudahkan anda bila proses jualan.
Kesediaan fizikal – pastikan anda sentiasa bersenam dan makan makanan yang seimbang. Sebelum anda berjumpa, anda perlulah dalam keadaan energi yang bagus dan tidak penat.
Pre Approach, objektifnya adalah membuat persiapan sebelum anda berjumpa prospek anda. Bila anda dalam keadaan bersedia, segala pertanyaan boleh dijawab – menambahkan kredibiliti anda bertemu depan prospek. Lalu, meningkatkan peratus peluang untuk prospek anda mengambil polisi bersama anda.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid