Diari Ejen – ‘Mereka Akan Ingat Siapa Kau’

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kerjaya yang mulia tak semestinya kerjaya yang disukai. Saya melihat kerjaya cikgu sekolah adalah kerjaya yang paling mulia.

Mereka mendidik pelajar dari tidak tahu membaca sehinggalah menjadi seorang yang boleh terbang di udara (juruterbang), boleh merawat orang (doktor) atau memerintah negara (pemimpin).

Hari ini masyarakat memandang kerjaya cikgu hanya mahukan gaji, tiada berniat sangat nak didik yang betul – saya rasa itu kurang tepat.

Begitu juga isu doktor.

Ada yang menganjing doktor tidak melakukan jahitan yang betul, salah bagi ubat, pekerja hospital buat endah tak endah.

Padahal, anda tak tahu apa yang mereka alami. Saya mempunyai rakan doktor; tidur hanya 2 jam semalam. Eksiden sebab kurang tidur, dimarahi orang sebab anak mati, baju dilumur darah dan muntah dan sebagainya.

Saya yakin, apa yang saya buat adalah betul. Mendidik masyarakat tentang ilmu kewangan dari segi perlindungan. Saya masih ada kawan yang kata – saya berada di landasan yang salah.

Tapi ada juga kawan sentiasa sokong kerjaya ini. Dia pesan satu perkara:

‘Merekan akan ingat siapa kau.’

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s