Gaya & Stail ‘Presentation’ Insurans / Takaful

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seperti saya pernah maklumkan bahawa hari ini begitu banyak jenis-jenis presentation boleh dilihat. Janji mesejnya sama; mendidik masyarakat tentang kepentingannya dalam kewangan peribadi.

Soal gaya & stail pun – wow, saya katakan banyak! Semakin ramai ejen, semakin banyak la gayanya, bukan?

Ada yang tanya saya, bagaimana mahu membuat presentation yang bagus? Saya kata banyak cara. Dalam blog ini pun saya dah tulis macam-macam nak buat presentation, di tambah lagi, saya dah kumpulkan dalam booklet Sales Kit Presentation saya sendiri. Ini adalah ‘senjata’ saya sebenarnya – haha.

Bawah ini, saya gunakan PowerPoint untuk menerangkan apa yang saya perlu buat untuk membuat  saya bagus. (Bagus ke?)

Adib Yazid Prepare Presentation

 

Proses presentation yang bagus adalah mengikut The Sales Cycle dengan teliti. Dari proses prospecting sehinggalah anda duduk bertemu mata ke mata dengan prospek.

Dalam melakukan presentation, ada beberapa pantang larang dan ‘ritual’ yang saya kena ikut. Kalau tak ikut, saya rasa tak sedap atau ‘tak boleh pergi’ dengan presentation sekarang. Saya gunakan poin-poin di bawah ini.

Adib Yazid Do & Dont.jpg

 

Dalam gaya & stail presentation sendiri, saya amalkan (macam nak promosi ubat kurus):

  • Menulis terbalik di hadapan prospek. Simbol ‘dah lama dalam industri ini’ dan juga menghormati prospek apatah lagi kalau perempuan.
  • Memastikan prospek menghadap duduk ke dinding.
  • Tidak berhampiran tandas, kaunter ataupun TV.
  • Jika di pejabat, saya pastikan duduk rendah dari prospek.
  • Jika di rumah, saya bersila dan prospek duduk atas kerusi.
  • Memakai tali leher – ungu, merah dan biru.
  • Menggunakan pen yang sama – PILOT GEL 0.7 HITAM
  • Membawa buku nota Prudential dan borang permohonan selit di dalam dan dilipat saiz A5.
  • Bila melakukan presentation, lakukan di belakang YLP.
  • Sentiasa bawa DUA atau TIGA jenis proposal. Tujuan psikologi manusia akan memilih yang tengah.

 

Rasanya, setakat ini amalan yang saya guna pakai dalam presentation saya. Kalau ianya berguna untuk anda, ambil dan amalkan.

Semoga memberi manfaat.

Memberi untuk menerima.

 

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s