Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya dulu tak percaya perkara ini:
‘Cara kita berpakaian, menentukan siapakah prospek kita.’
Sudah pasti sebagai seorang ejen insurans / takaful, saya mahukan prospek saya daripada golongan yang berduit (boleh menyumbang secara konsisten setiap bulan), jenis yang happy-go-lucky (pelanggan yang ceria, boleh buat penjual ceria) dan senang untuk berurusan.
Lalu saya mencari apakah formula yang perlu saya ambil dan ubah dalam diri saya.
Saya merumuskan – warna pakaian juga penting dalam menentukan siapakah pelanggan kita.
Saya ambil contoh; Apple Inc. Mereka menggunakan warna kelabu yang ‘solid’. Kelabu adalah kod warna untuk menggambarkan seorang yang seimbang, rileks dan tenang. Boleh bayangkan, siapakah manusia yang memakai barangan Apple – dari iPhone ye, Macbook ye, iPod ye dan macam-macam lagi.
Ini adalah kaitan warna dan syarikat-syarikat besar di dunia.
Soal pakaian? Tahun 2014 adalah tahun saya menukarkan diri saya untuk gemar memakai tali leher dan baju kameja. Pada mulanya, saya hanya mahu menggunakan kameja putih dan satu tali leher sahaja.
Tapi selepas saya membaca sebuah buku, apakah maksud warna dan impaknya terhadap prospek kita tanpa sedar – saya ubah warna pakaian saya.
Seperti biasa, saya mempunyai kameja empat warna hari ini:
- Putih – untuk berada dalam keadaan neutral dan suci. Tapi saya selalu suaikan dengan tali leher merah untuk perasaan agresif, energi. Ada waktu kuning, untuk tanda saya berada dalam keadaan tidak serius.
- Merah jambu – saya padankan dengan tali leher merah, sebagai simbol ‘powerful’ untuk keadaan saya mahu lakukan jualan.
- Biru – saya padankan tali leher biru, saya kerap pakai pada hari berjumpa existing client. Tanda setia, aman dan sentiasa ‘fresh’ dalam perhubungan.
- Ungu – warna kegemaran saya; simbol kemewahan, berharta. Saya kerap pakai untuk aktiviti ‘recruitment’.
Apa yang saya tulis ini, berdasarkan apa yang saya baca dan saya percaya – warna memainkan peranan penting dalam kehidupan saya. Bagi saya warna juga mencerminkan perasaan anda ketika itu.
Kalau hari biasa, saya suka mengenakan kameja hitam – selesa dan bebas untuk melakukan apa sahaja (dalam keadaan autoriti)
Saya mengenakan kameja ‘plain’ tidak bercorak. Untuk lebih lanjut mengenai baju, saya bukan orang yang layak bercerita. Ini apa yang saya pelajari daripada buku dan pengalaman semata-mata.
Lebih baik anda upah seorang perunding imej, untuk sesuaikan penampilan anda dengan karektor anda.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid