Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sistem kepercayaan setiap orang sangat berbeza-beza. Sistem kepercayaan lahir dari apa yang kita lihat, dengar atau rasa pada suatu perkara terjadi. Ianya datang dari pengalaman diri sendiri, atau pengalaman orang lain.
Ada yang percaya, membuat kerja ‘last minute’ boleh menghasilkan kerja yang bagus – kepercayaan ini tak salah, cuma tak valid. Ada yang percaya bahawa melakukan kerja di awal waktu, memberi kualiti yang bagus terhadap hasil kerja.
Pengalaman saya di Awareness Before Change (ABC) di Janda Baik, melatih saya untuk menetapkan 5 nilai utama dalam diri kita. 5 Nilai ini yang membantu kita membuat keputusan yang cepat dan memuaskan diri kita. Banyak contoh nilai baik dalam dunia yang kita boleh ikuti dan tetapkan dalam diri kita – contohnya, kejujuran.
Apabila satu peristiwa, misalnya kecurian berlaku di depan mata – kecurian adalah keadaan yang melanggar nilai kejujuran. Sebagai seorang yang menetapkan nilai kejujuran tinggi dalam diri beliau lalu cepat-cepat menghalang kecurian itu berlaku. Ini contoh.
Saya juga menetapkan 5 nilai dalam diri sendiri:
- Seorang yang memberi inspirasi.
- Seorang yang gemar menambah nilai pada orang lain.
- Seorang yang berpengetahuan.
- Seorang yang bekerja dalam sistem dan teratur.
- Seorang yang mementingkan kesederhanaan dan keseimbangan.
Apabila saya telah menetapkan nilai ini dalam diri saya, alhamdulillah segalanya berubah. Saya terfokus untuk melakukan apa saya perlu lakukan, mengikut nilai ini. Apabila saya tersasar jauh dari nilai-nilai ini, cepat-cepat saya kembali ke pangkal jalan.
Sebelum masuk ke 2016 ini, apakah nilai yang anda mahukan ianya menjadi sebahagian dalam hidup anda?
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid