Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam, saya bertemu seorang prospek yang saya hormati – senior saya. Alhamdulillah, apabila seorang senior berminat hendak tahu itupun sudah cukup sebenarnya. Tanda beliau sudi, berjumpa untuk urusan serius!
Kenapa saya mahu menulis tentang perjumpaan ini?
Sebab ianya sangat menarik. Ini adalah prospek yang telah mempunyai pengalaman menggunakan insurans di negara lain – Korea. Seperti sedia maklum (kalau anda tak tahu tak mengapa) negara-negara maju, Korea salah satu – Amerika Syarikat, misalnya mempunyai perlindungan insurans yang bagi saya murah dan sangat berbaloi-baloi memiliki insurans.
Kenapa saya kata begitu – tak seperti insurans di Malaysia, betul-betul sakit barulah boleh menikmati manfaat tersebut. Syarat dan kondisi polisi Malaysia, boleh dikatakan agak ‘strict’.
Dalam perjumpaan ini, segalanya bermula dengan lancar, pemahaman tentang insurans / takaful, soal kenapa mahu ambil dan pelan bagaimana yang mereka mahukan. Tapi, bila soal manfaat dan bagaimankah fungsinya – prospek ini mempunyai expectation lain, expectation yang dibawa dari negara lain!
Saya menggunakan beberapa teknik NLP, iaitu kaedah menanyakan soalan dan teknik ubah perspektif. Ia adalah salah satu teknik, meletakkan diri saya dalam keadaan prospek, proses hendak memahami apakah yang sebenarnya nak tahu mengenai insurans / takaful ini. Tambahan, sekurang-kurangnya nak tahu tentang sistem kepercayaan terhadap insurans / takaful.
Bila saya sudah faham sedikit, tentang beliau yang mempunyai beberapa perkara yang beliau sendiri faham (pemahaman sendiri) dan pengalaman menggunakan insurans di negara lain – saya mahu tahu pula, apakah method sesuai untuk saya olah tentang insurans / takaful.
Lalu saya dapati, beliau seorang yang ‘visual’ dan ‘digital’. Segalanya perlukan benda di hadapan mata untuk analisa dan kena banyak menggunakan diagram. Bab pulangan pelaburan, memang banyak ditekankan walaupun itu adalah suatu yang tidak dijamin.
Alhamdulillah, beliau setuju untuk mengambil polisi insurans / takaful untuk satu keluarga. Tandatangan persetujuan pun sudah dituruni, tapi ada satu keraguan – perlu ambil polisi yang minima sahaja atau polisi lebih baik?
- Pampasan kematian untuk diri sendiri perlu biasa-biasa atau ikut keperluan – 1 tahun pendapatan?
- Untuk anak, saya telah ‘buka’ pelan yang biasa hari ini orang ambil dalam linkungan RM125. Tapi bagi beliau terlalu besar untuk seorang budak kecil, ini adalah ekspetasi beliau berada di Korea dahulu.
- Pelepasan cukai – kena confirm-kan, adakah ianya RM6,000 atau RM3,000. Tujuan kedua kenapa ambil insurans / takaful, selain perlindungan adalah untuk pelepasan cukai secara maksima.
- Bajet dalam RM300-RM500, apa yang ditawarkan dalam linkungan cuma pergi ke biasa-biasa atau lebih baik?
Disebabkan soal bajet dan ianya adalah komitmen baru bagi beliau (baru bekerja di Malaysia dan belum biasa dengan angka-angka perbelanjaan di Malaysia), saya mencadangkan beberapa perkara:
- Kira semula bajet yang sedia ada, berapa perbelanjaan dan berapa pendapatan. Paling utama, berapa lebihan. Pilih amaun selesa sebab ianya adalah komitmen.
- Saya telah beri buku Sales Kit Presentation, saya mahu beliau fahamkan konsep risk sharing – polisi insurans / takaful bukan fokus pelaburan, yang penting perlindungan.
Saya rasa gembira, sebab saya sampaikan sesuatu. Walaupun beliau bersetuju, (tandatangan sudah dituruni) cuma ada beberapa perkara beliau perlu fikirkan.
Saya minta beliau fikirkan, dan berjumpa semula pada hari Jumaat ini, minggu ini sebab saya yakin ini adalah klien yang sangat berkualiti. Oh ya, saya perasan saya banyak menggunakan teknik NLP termasuk matching & mirroing, tapi saya perlu lebih praktis untuk tajamkan saya punya kemahiran menggunakan NLP
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment