Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ketika saya mengarang ini, waktunya baru sahaja 30 minit selepas tahun baru: 2016. Saya ucapkan selamat tahun baru. Semoga segala keindahan berlaku kepada anda.
Ada yang mencari peluang ke kampung bila cuti 3 hari ini – kalau tidak kemana-mana, bolehlah berehat santai di rumah.
Sesiapa yang pulang ke kampung, saya yakin ada beberapa jalan boleh anda lalui. Boleh lalu jalan biasa, tanpa tol – jimat duit. Tapi masa anda akan ‘drag’ lambat daripada kalau anda melalui lebuhraya.
Masalahnya pula, anda kena ‘berjihad’ menghulur tangan memberi wang kepada gadis tol. (Kalau pakai Smart Tag, tak perlulah hulur tangan.) Adalah beberapa caj anda kena, tapi palang naik – tekan minyak, dan pecut. Bolehlah sampai awal.
Itu beza kalau anda lalu jalan biasa atau lebuhraya. Destinasinya sama tapi laluan berbeza.
Dalam kehidupan pun begitu. Anda boleh lalu jalan singkat tapi ada ‘bayaran’ dikenakan. Destinasi di sini, saya katakan adalah impian hidup masing-masing. Saya percaya, beberapa jam lepas – tahun 2015, anda berazam hendak lakukan  sesuatu pada tahun ini; 2016.
Ada yang mahu kurangkan berat badan, kerja lebih efisien, lebih produktiviti dan macam-macam lagi. Seperti anda sedia maklum, dikhabarkan tahun 2016 (hanya bacaan melalui akhbar-akhbar tempatan) tahun ini adalah tahun yang bakal mencabar diri anda – dari segi ekonomi.
Opps, sampaikan ada satu menteri buat kenyataan suruh bekerja dua kerja!
Ada juga memfokuskan mempunyai pendapatan lebih pada tahun ini. Kalau tanya saya, apakah kerja lebihan anda mahu buat – saya katakan apa yang saya buat: bermula sebagai part-time di mana-mana agensi insurans / takaful.
Ya, buat kerja ini memang tak kool!
Tapi saya boleh beri jaminan, anda boleh belajar sesuatu dalam industri ini yang boleh dipraktiskan dalam kehidupan anda. Di awal Januari ini, saya mengajak anda bersama-sama saya menghadiri seminar kecil, BYB (Build Your Business) anjuran Khalifah Group.
Saya yakin, anda seorang yang bijak dan pandai, kelulusan dari universiti hebat-hebat, luar dan dalam negeri.
Dan saya juga yakin, seorang yang bijak dan pandai seperti anda yang sedang membaca inipun tidak tolak idea kami secara mentah-mentah; idea bagaimana industri ini boleh bantu anda tambah pendapatan.
Orang yang bijak, lihat, dengar – barulah menilai samada betul atau sangat betul.
Mungkin seminar kecil ini, adalah ‘lebuhraya’ anda – laluan cepat ke impian anda. Cuma kami tidak mengenakan bayaran tol secara tunai.
Komitmen anda adalah ‘bayaran’nya, dan kami balas dengan sarapan pagi lagi!
Pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya: o19-366o319
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid