Build Your Business – Tahun 2016, ‘The Year of Massive Recruitment’

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam saya berada di Bandar Sri Sendayan, untuk berjumpa rakan lama saya atas urusan dua perkara; urusan Takaful dan kongsi cerita. Lama sudah tidak ketemu.

Satu soalan dari kawan saya, ‘Nak buat tahun depan, Dib?’

Terus terang saya katakan, bila ada kawan tanya soalan ini – dalam lubuk hati sanubari saya katakan, bahawa kawan saya ambil berat pada saya. Jadi apakah jawapan saya?

 

Pelan Tahun 2016: 2 Perkara UTAMA

Saya ada dua impian besar pada tahun 2016.

Pertama, saya mahukan ‘bina’ agensi saya sendiri dari 11 orang tunggak utama, termasuk diri saya. Kenapa saya memilih sebelas? Saya faham, dunia ‘leader’ adalah dunia lain. Anda perlukan kumpulan yang kuat. Saya mahu jadi kumpulan luar biasa, bukan hanya pada nama sahaja.

Saya menerapkan gaya permainan bola sepak – 11 orang perlu berada di atas padang untuk sepak mula. Daripaa 11 orang ini, saya adalah kapten pasukan saya. Sebab itu saya menggunakan hashtag #FirstEleven, sebagai ‘anchor’ untuk sentiasa memperingati ke mana arah tuju saya tahun ini, 2016.

Kedua, saya mahu wajah saya berada dalam suratkhabar. Maksudnya, saya kena berada luar dari kebiasaan saya buat 3 tahun lepas. Saya kena berada sekurang-kurangnya menjadi seorang EWP (Executive Wealth Planner) pada tahun ini. Kenapa ianya penting bagi saya? Mileage dalam karier saya. Saya teruja dengan perkongsian Nik Azlan, the year before promoting – do the best.

Perkara utama, yang saya perlu mahir adalah mempunyai minda seorang the recruiter – mampu menjadi proksi dan contoh kepada orang lain, untuk ikut siapa anda. Tahun 2015, adalah tahun permulaan saya untuk berubah dari minda seorang ejen kepada seorang leader.

Saya mengambil inisiatif tambahan, salah satunya mengikut program NLP. Memahami bagaimana minda kita beroperasi.

Build Your Business 1st

Pertama kali saya berada di BOP (Business Opportunity Presentation) pada 17 Oktober 2015.

Build Your Business 2nd.jpg

Menjadi testimonial speaker untuk program Building Millionaires Business & Career pada 7th November 2015.

 

Doakan tahun ini, untuk melakukan lompatan paradigma 180 darjah.

Dengan kasih sayang, saya doakan anda yang membaca sentiasa sihat dan sejahtera.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s