Tips: 5 Matlamat Kewangan 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya mahu kongsikan dari FB Page Nasihat Kewangan. 5 Matlamat kewangan ini menyentuh 5 perkara utama:

  • Hartanah
  • Takaful / Perlindungan Kewangan
  • Simpanan
  • Pendapatan
  • Perbelanjaan

 

#1. Hartanah

  • 2016 adalah tahun terbaik untuk anda miliki hartanah kerana ‘Jualan Terdesak’ oleh tuan rumah.
  • Fokus pada hartanah yang boleh berikan sewa yang tinggi.
  • Gunakan sebaiknya promosi yang ditawarkan oleh pihak bank seperti skim rumah pertama.
  • Tambah ilmu pengetahuan melalui buku dan seminar.
  • Nasihat: Beli sekurang-kurangnya 1 rumah setiap tahun.

#2. Takaful

  • Jadikan 2016 sebagai tahun untuk anda lindungi orang yang tersayang.
  • Bayaran ideal untuk caruman takaful adalah 5% daripada gaji anda. (Apa-apapun berdasarkan status keperluan anda)
  • Kongsikan pelan takaful terbaik kepada rakan anda supaya mereka juga dilindungi ketika ditimpa masalah.
  • Nasihat: Fahamkan polisi dan pelan takaful anda.

#3. Simpanan

  • Kos hidup untuk tahun 2016 dijangka meningkat dengan tinggi.
  • Anda tiada pilihan melainkan membuat simpanan seperti tabung kecemasan.
  • Simpanan ideal adalah 30% – 40% dari gaji anda atau lebih baik anda mempunyai simpanan sebanyak 3 bulan gaji anda.
  • Pastikan setiap simpanan mempunyai objektif yang tersendiri.
  • Nasihat: Buat pelaburan secara tetap dalam unit trust (saya pilih Tabung Haji, pengekalan nilai modal)

#4. Pendapatan

  • Cipta pendapatan sampingan seperti perniagaan online atau menjadi ejen takaful dan unit trust.
  • Dapatkan pendapatan pasif melalui sewa rumah.
  • Pastikan pendapatan anda adalah 100% bersih dan suci, jika meragukan – bayar zakat.
  • Jika bekerja dengan majikan, lakukan yang terbaik untuk dapatkan kenaikan gaji dan bonus.
  • Nasihat: Jadikan hobi anda sebagai satu perniagaan / pelaburan.

#5. Perbelanjaan

  • Kurangkan perbelanjaan untuk perkara tidak perlu.
  • Kenaikan harga barang akan meningkatkan perbelanjaan tanpa anda sedar.
  • Fokus pada harga barang, bukan jenama.
  • Belajar memasak untuk kurangkan kos makan di luar.
  • Nasihat: Jangan tambah hutang jahat seperti ‘personal loan’

 

Bermakna dan membantu anda? Kongsikan kepada rakan-rakan lain.

Sumber: Nasihat Kewangan

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

1 Comment

  1. Encik Keladi says:

    tip yang menarik…..thks ya…..www.keladionline.com…blogwalking here…

    Like

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s