Mengarang Cerita – Bank Profil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pernah tahu mengenai ‘bank profil’?

Ianya umpama seperti ‘resume’. Kalau anda mahu mendapatkan kerja, anda akan cetak sebanyak mungkin resume anda, dan letakkan di mana-mana syarikat yang rasa anda mahukan – contohnya di ekspo peluang pekerjaan.

Sebentar tadi, saya sedang berfikir (dalam perjalanan pulang ke kereta), mengenai ‘bank profil’ untuk sebuah agensi. Sepertimana yang ada sedia maklum, agensi saya berada adalah Khalifah Group mempunyai profil ejen yang ‘kebanyakan’ – datang dari latar belakang berbeza; jurutera, pegawai bank, jurujual pasaraya, pengurus syarikat dan macam-macam lagi.

Tapi semuanya hanya boleh diketahui, apabila anda bertanya.

Idea saya, kenapa tidak sahaja anda memberitahu mereka terlebih dahulu?

Antara perkara yang penting dalam profil adalah:

  1. Latar belakang anda, asal – usul sebelum menyertai Prudential.
  2. Bagaimana anda kenal nama Prudential.
  3. Bagaimana anda tahu kerjaya ini?
  4. Siapakah yang telah memperkenal kerjaya ini?
  5. Kenapa anda memilih kerjaya ini?
  6. Apakah halangan besar anda dalam memulakan kerjaya ini?
  7. Apakah strategi anda untuk berjaya dalam kerjaya ini?
  8. Apakah kejayaan anda telah anda kecapi dalam kerjaya ini?
  9. Apakah perubahan dari aspek kehidupan anda; kewangan, kehidupan dan sosial?
  10. Apakah impian anda selepas ini?
  11. Apakah penyesalan anda selama ini?
  12. Nasihat anda kepada orang lain.

Saya dapat idea ini dari buku Inspirasi Kaya & Berjaya, tulisan Azizan Osman & Aqif Azizan.

Insha Allah, saya akan siapkan ‘cerita’ mengenai saya terlebih dahulu!

 

Link: Build Your Business 2016 Profil

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s