Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Baru hari itu hangat filem Star Wars: The Force Awaken menerjah pawagam. Sekarang, tengah hangat pula cerita Dilwale. Ada Shah Rukh Khan dan Kajol. Saya dah tengok Star Wars, tapi beberapa kali dipaksa tengok Dilwale – tapi belum dapat dipujuk!
Saya nak tanya, pernah tak anda pergi menonton filem yang best, best lepas itu ada suntikan imej 3D. Sebenarnya, terus terang saya kurang gemar untuk menonton yang ada 3D, sebab utama saya kena pakai spek mata tambahan untuk dapatkan kesan khas 3D tu. Dah la saya pakai spek mata lagi!
Poin yang saya nak cakap, anda perlukan spek 3D tu. Barulah jelas paparan anda tengok di skrin wayang tu. Tak pakai spek, blur-lah kisahnya nanti.
Seperti jua kalau anda menceburi bisnes baru. Anda tak akan nampak apa yang bakal berlaku atau perkara yang boleh terlepas pandang untuk berjaya. Melalui perkongsian oleh saudara Hamizi hari itu. Ada 3D, diperlukan untuk berjaya:
- D – Dumbness
- D – Desperate
- D – Desire
#1. Dumbness
Dumbness ini kalau ikutkan terjemahan secara direct, maksudnya bodoh. Bukan maksud saya, anda kena bodoh baru baru boleh berjaya, bukan begitu. Anda kena berada dalam keadaan sedar bahawa, anda memang tidak tahu sesuatu perkara dan sentiasa belajar dan belajar.
Ada sesetengah yakin, dia tahu sesuatu perkara dan dia rasa dia tak perlu untuk ikut kata orang lain – sebab rasa dia dah tahu. Silap. Orang berjaya sentiasa dalam keadaan bersedia untuk belajar benda baru setiap hari dalam kehidupan dia. Jangan tunjukkan anda pandai dan bijak semua perkara, walhal anda memang tak tahu pun!
Sentiasa ikut dan rapati orang berjaya, mesti ada poin yang anda boleh belajar dari mereka.
#2. Â Desperate
Untuk berjaya, anda kena berada dalam keadaan yang betul-betul ‘terpaksa’ untuk dapatkan sesuatu. Kalau anda dalam keadaan lapar setelah membantai 3 pinggan nasi di majlis kahwin, dan saya pelawa makan durian – adakah anda mahu? Ya, anda mahu tapi tidak semestinya anda betul-betul mahu – kemungkinan anda menolaknya, bukan?
Cuba kita tanya pada orang yang betul-betul lapar. Katakan pada mereka, yang kita akan belanja mereka sekeping piza. Kalau betul-betul mereka mahu, terus bersiap cepat nak ke Pizza Hut terdekat atau ikut je apa yang anda suruh – sebab anda belanja.
Itu beza anda dalam keadaan desperate atau tidak.
Orang berjaya sentiasa berjaga-jaga, dan faham bahawa berada dalam keadaaan selesa (comfort zone) adalah perkara berbahaya. Mereka sentiasa meletakkan diri mereka dalam combat zone. Berada dalam mood untuk buat lebih baik dan terbaik untuk diri mereka. Bagaimana untuk sentiasa berada dalam keadaan desperate? Letakkan impian yang tinggi.
#3. Desire
Terakhir, untuk 3D – anda perlukan keinginan untuk dapatkan sesuatu. Untuk berjaya, ianya bermula dengan niat. Sebenarnya sebagai seorang muslim sudah diajar, kita perlulah berniat dan niat itu mestilah lengkap – masa, berapa rakaat dan siapa akan mulakan.
Keinginan bukan hanya datang dari mulut atau minda sahaja. Ianya perlulah disertai dengan perbuatan (action). Sepertimana kita lihat, kalau ada seorang penceramah mengeluarkan sekeping duit RM5. Beliau tanya kepada audiens, ‘SIAPA NAK?’. Ramai yang angkat tangan, menunjukkan minat untuk nak duit RM5 tersebut.
Sekali lagi, beliau tanya, ‘SIAPA NAK DUIT RM5 INI!?’ Jawapannya, masih sama. Semua audiens angkat tangan – semua ada keinginan untuk dapatkan RM5 tersebut. Selang beberapa ketika, datang seorang lelaki dari celah tepi dewan meluru ke depan dan ambil duit RM5 tersebut dari tangan penceramah.
Lelaki tersebut adalah contoh keinginan dan disertai dengan perbuataan.
Bila anda ceburi satu-satu bidang, mungkin anda rasa anda nampak segala-galanya, tapi tidak. Anda perlu kacamata atau perspektif orang yang sudah berada dalam industri atau bidang tersebut. Baru lah anda lebih jelas apa yang anda mahu lakukan.
Dalam dunia insurans / takaful, ianya adalah wayang skrin anda. Untuk anda pergi jauh menikmati cerita anda – anda perlukan spek mata 3D anda. Spek mata itu, anda boleh lihat dari mata-mata leader atau introducer anda sendiri.
Lihatlah apa yang sudah dipelajari dan dialami oleh mereka. Jadikan mereka contoh untuk anda berjaya pada masa akan datang.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment