Takaful Wanita: Perlu atau Gimik?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Rabu lepas, saya diminta oleh klien saya untuk temujanji makan tengahari di KLCC. Fuh, saya kalau KLCC ni memang berat kaki nak ke sana. Kalau nak ke sana, memang kena ada double-triple appointment baru berbaloi. Sebab tiket parking – mahal (saya amat berkira pasal parking ni)

Pendek cerita, saya diminta menerangkan tentang ‘ada ke tidak manfaat takaful untuk wanita?’.

Klien saya ini telah menghadiri seminar / talk mengenai penyakit yang dihidapi wanita. Apa yang perlu dilakukan oleh wanita, salah satunya adalah pelan yang boleh bagi perlindungan kepada wanita – apakah dia tu?

Ya, memang ada. Saya jujurnya, pernah menjual pelan PruLady (konvesional pelan) kerana manfaat yang bagus dan bermacam-macam malah dalam keadaan ‘standalone’. Hari ini pasaran mahukan pelan yang syariah, iaitu Takaful. Soalan berbalik semula, ada ke tidak pelan Takaful khas untuk wanita.

Jawapannya ADA.

Pelan ada DUA paling major;

  • Takaful Puteri – penyakit wanita sahaja.
  • Takaful Puteri PLUS – perlindungan menyeluruh termasuk kerumitan ketika tempoh hamil dan penyakit konginental bayi.

Bezanya? Manfaat tambahan.

Kedua-dua pelan ini, ada 3 sub-plan mengikut jumlah perlindungan.

  • Pelan 1 : RM50,000
  • Pelan 2: RM100,000
  • Pelan 3: RM150,000

Persamaan Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus adalah:

  • Perlindungan kanser berkaitan wanita / lupus sistemik eritematosus (SLE) dengan Lupus Nefritis. Termasuklah juga, kanser payudara, uteri serviks, tiub falopio, ovari, uterus, dan faraj/vulva. – 100% dari jumlah perlindungan.
  • Karsinoma-in-situ Payudara atau Uteri Serviks – 30% dari jumlah perlindungan.
  • Perlindungan lain-lain; artritis remuatoid dengan kerumitan, pembedahan rekonsturuksi muka akibat kemalangan, pemindahan kulit akibat kelecuran, pemindahan kulit akibat kanser kulit, keretakan osteoporotik pinggul / vertebra, pembedahan rekonstruksi payudara akibat kanser payudara. – 30% dari jumlah perlindungan.

Apa yang ada di Takaful Puteri Plus tapi TIADA dalam Takaful Puteri adalah:

  • Komplikasi kehamilan; penyebaran penggumpulan intravaskular (selepas 7 bulan mengandung), kehamilan luar rahim, keguguran pada hujung kehamilan (hari 126 ke 196 tempoh kehamilan), kematian jain (selepas 196 hari tempoh hamil), kematian bayi (tempoh 30 hari selepas kelahiran) – RM10,000 pampasan.
  • Penyakit kongenital bayi; sindrom down, kecacatan septum ventrikel, kecacatan septul atrial, spina bifida dan lelangi rekah dengan lupus nefritis.

 

Menarik ke pelan ini?

Ianya menarik pada siapa yang sedar bahawa penyakit wanita adalah sangat serius di Malaysia. Tambahan, pampasan sakit kritikal anda – cuba baca polisi, tidak akan memberi pampasan untuk sakit yang hanya ada pada wanita / lelaki sahaja.

Lelaki tidak dapat pampasan untuk testikel kanser.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s