Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Cuaca panas hari ini, ada yang bertindak hanya duduk di rumah di awal tahun 2016. Apatah lagi di luar sana, bahang harga barang naik sana sini menjadi isu di warung-warung kopi. Tambahan pula, tahun baru ibu bapa sedang sibuk memerhatikan anak (bagi yang baru anak masuk sekolah), dengan kerja rumah bagai.
Kalau anda berada di situasi atas, mungkin anda dalam usia 30-an.
Mak saya telah dimasukkan ke hospital pada minggu lepas. Alhamdulillah, pada Jumaat lepas telah selamat menjalankan pembedahan bahu – masalah tisu yang menyebabkan bahu rasa sakit. Mungkin, anda yang membaca ini adalah tulisan seorang ejen insurans / takaful. Tapi saya mahu bagitahu anda sesuatu – saya tidak boleh melindungi mak saya menggunakan insurans / takaful.
Rasa ralat? Ya.
Saya ambil kisah mak saya, sebagai cerita saya pada prospek dan klien saya. Saya boleh katakan, zaman dahulu itu zaman ibu bapa kita, pendedahan mengenai insurans / takaful adalah sangat rendah. Apatah lagi, ketika itu belum ada ruang maklumat yang laju dan bebas seperti hari ini. Ada Facebook, Instagram, Twitter, suratkhabar online dan macam-macam lagi medium elektronik yang anda boleh nak – kalau nak.
Saya tak katakan bahawa mak saya, atau keluarga saya tidak ambil tahu mengenai insurans / takaful. Saya katakan – mereka tiada pendedahan. Mungkin waktu itu, ejen-ejen tak serancak hari ini mendidik masyarakat Malaysia kepentingan insurans / takaful. Di tambah, kos perubatan yang tinggi boleh ‘memaksa’ anda mencarum setiap bulan untuk insurans / takaful.
Disebabkan kisah mak saya sendiri, ada kawan-kawan beliau tanyakan adakah ada pelan insurans / takaful untuk mereka. Umur sekitar 50 tahun ke atas.
Ya, ada.
Tapi ia akan jadi begini:
- Caruman bulanan / tahunan adalah sangat tinggi. Pada logik anda, mungkin anda rasa baik beli sebuah kereta MyVi berbanding mencarum di insurans / takaful pada usia 50-an.
- Sudah bergantung pada pil, makan setiap hari. Pengalaman saya, kebanyakannya di rejek kaw-kaw. Nak mencuba untuk mohon? Boleh. Tapi peratus untuk lulus adalah kecil.
- Sudah mempunyai rekod pembedahan yang serius dan selama ini hanya bergantung pada perlindungan insurans / takaful berkelompok syarikat. Anda pula, lagi berapa tahun akan pencen.
Saya jujurnya, kalau saya mahukan komisyen lebih saya akan ‘approach’ orang-orang berumur 50 tahun ke atas. Mereka kalau sedar kepentingan ini, pasti akan mengambil insurans / takaful. Tapi sebabkan 3 perkara di atas, saya hanya mampu memberi idea kepentingan sahaja.
Kalau anda baca ini, umur 20-30 an. Bersedialah daripada sekarang.
Setakat hari ini, saya belum jumpa orang ada insurans / takaful ini dah jatuh muflis. Orang yang ada insurans / takaful ini pasti akan sedar pengurusan kewangan. Sebab itu mereka berusaha sungguh-sungguh untuk urus duit mereka sendiri.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid