Buku ‘The Leader Who Had No Title’

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi tadi saya baru sahaja selesai membaca buku yang lama saya tunggu – The Leader Who Had No Title. Buku yang ditulis oleh Robin Sharma. Buku ini mendidik anda fokus kepada diri anda sendiri – ciri kepimpinan ‘inner leader’.

Kisahnya bermula ada seorang lelaki baru pulang dari medan perang dan bekerja di sebuah kedai buku. Lelaki ini merasa bosan terhadap kerja yang dilakukan setiap hari – rasa tidak bersemangat dan berat untuk melangkah kaki ke tempat kerja.

Satu hari, beliau didatangi seorang lelaki dan memberitahu dia adalah kawan kepada ayahnya yang telah meninggal dunia. Lelaki tersebut menambah, bahawa ada perkara yang patut bantu kepada beliau sebagai pesanan daripada ayahnya.

Keesokan harinya, beliau diajak untuk berjumpa di perkarangan kubur. Beliau diajar bahawa masa yang kita ada dalam dunia ini sangatlah sikit. Kita semua akan mati, tapi apa yang kita lakukan sebelum menghampiri kematian – adakah suatu yang bermanfaat kepada orang lain atau mati dalam keadaan kecewa tidak melakukan sesuatu yang baik?

Lelaki ini menerangkan bahawa hari ini, beliau akan dipertemukan kepada 4 orang penting yang mengajar tentang LWT iaitu ‘Leadership Without Title’. 4 orang tersebut adalah bukan orang yang difikirkan hebat oleh masyarakat tapi hebat untuk mempelajari sesuatu:

  1. Seorang embersih bilik-bilik hotel – diajar Prinsip I yang paling penting; anda tidak perlukan ‘nama’ untuk menjadi hebat.
  2. Seorang pemain ski – diajar berfikir tentang menukarkan kelemahan kepada kekuatan melalui Prinsip II.
  3. Seorang tukang kebun – diajar mengenai hubungan manusia seperti pokok, melalui Prinsip III.
  4. Seroang tukang urut profesional – diajar tentang sebelum anda memimpin orang lain, anda kena berlatih memimpin diri sendiri melalui Prinsip IV.

 

Setiap orang yang beliau jumpa ada pelbagai pandangan tapi mempunyai perkaitan penting. Jadi, ada 4 prinsip besar dan disokong akronim sendiri untuk senang diingati.

 

Prinsip I : You Need No Title to Be a Leader

The 5 Rules

  • I-Innovation
  • M-Mastery
  • A-Authencity
  • G-Guts
  • E-Ethics

 

Prinsip II: Turbulent Times Build Great Leaders

The 5 Rules

  • S-Speak with Candor
  • P-Prioritize
  • A-Adversity Breeds Opportunity
  • R-Respond Versus React
  • K-Kudos for Everyone

 

Prinsip III: The Deeper Your Relationships, The Stronger Your Leadership

The 5 Rules

  • H-Helpfulness
  • U-Understanding
  • M-Mingle
  • A-Amuse
  • N-Nurture

 

Prinsip IV: To Be a Great Leader, First Become a Great Person

The 5 Rules

  • S-See Clearly
  • H-Health is Wealth
  • I-Inspiration Matters
  • N-Neglect Not Your Family
  • E-Elevate Your Lifestyle

 

Selepas habis berjumpa keempat-empat orang tadi, beliau pulang ke rumah. Lelaki yang membawa beliau pula tidak sihat, dan terus menuju ke rumah masing-masing.

Selepas beberapa hari, dikhabarkan lelaki tersebut telah meninggal dunia. Beliau telah menerima sepucuk surat mengatakan bahawa apa yang dipelajari adalah sangat penting, dan berpesan supaya sampaikan kepada orang lain.

 

Bagi saya, penyusunan gaya cerita buku ini tersangatlah ‘awesome’. Masakan saya hanya perlukan 5 jam sahaja untuk habiskan buku ini. (buku ini 200 muka surat) Saya menulis buku ini, kerana saya rasa buku ini boleh membantu diri anda ‘memimpin’ untuk menjadi lebih baik dan baik pada masa akan datang.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s