Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar? Biasa-biasa? Baik? Sangat baik? Amat Baik? atau… LUAR BIASA?
Adakah berniaga mudah? Jawapannya ada yang kata YA, ada yang kata TIDAK. Bagi saya berniaga tidaklah semudah seperti orang jangka. Kalau anda bekerja dengan majikan anda mempunyai pendapatan tetap walaupun anda bekerja 80% potensi sahaja. Anda sakit, gaji tetap jalan. Anda tak datang, sebab ambil cuti tahunan – gaji masih berjalan.
Berniaga ada dua tahap – berniaga sendiri atau berniaga secara bisnes, iaitu mempunyai syarikat atau sistem sendiri. Berniaga sendiri ini kalau anda sakit, untung mungkin tak masuk. Anda pula kena beri komitmen 100%. Kurang komitmen, kuranglah ‘masyuk’nya bisnes anda.
Jadi, apa tujuan sebenar anda mahu berniaga?
Orang kata, kalau niat berniaga mahu jadi kaya – LUPAKAN. Berniaga bukan pilihan anda. Tapi kalau anda betul-betul berniat mahu berniaga sebab sesuatu niat yang baik, misalnya menyelesaikan masalah orang lain – insha Allah, pulangan untung akan hadir untuk anda.
Bila mula berniaga, anda kena buat sungguh-sungguh. Untuk siapa?
- Diri sendiri. Anda sudah buat keputusan untuk berniaga, buktikan bahawa anda boleh. Pastika buat sehingga berjaya.
- Keluarga anda. Mereka yang menyokong anda untuk berniaga. Lakukan demi mereka, buat sampai berjaya.
- Masyarakat anda. Bila anda sudah berjaya, anda boleh cipta kerjaya baru untuk mereka. Bagi peluang pekerjaan kepada mereka.
- Agama. Bila berjaya, anda mampu berzakat lebih dan sedekah banyak dari kebiasaan. Tapi ingat, mulakan sedikit walaupun untung sedikit.
- Tuhan – Allah SWT. Berniaga adalah ruang besar untuk mendapat keredhaan Allah. Gunakan peluang ini sebaik mungkin.
Bila mula berniaga, cari alasan yang kuat kenapa anda perlu berjaya.
PS: Saya tengah khatamkan membaca buku karangan Robin Sharma, The Monk who Sold His Ferrari.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid