Kewangan – Pendidikan Adalah Hadiah Terbaik Untuk Anak Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita semua ingin memberi yang terbaik kepada anak-anak kita. Ini termasuk memberi pendidikan yang terbaik untuk mereka memulakan kehidupan dalam masyarakat yang penuh persaingan.

Namu, anda perlu bersedia untuk menanggung kos pendidikan tinggi yang semakin meningkat. Oleh itu, anda harus mula menabung pada usia muda, bahkan sebelum anak-anak anda mengorak langkah mereka untuk menimba ilmu.

Sebagai persediaan untuk masa depan anak anda, ikuti beberapa langkah berikut:

 

#1. Menentukan Kos Pendidikan Masa Depan Anak Anda

Berikut adalah beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan semasa mengira kos pendidikan masa depan anak anda.

  • Tempoh masa sebelum anak anda melanjutkan pelajaran di universiti.
  • Sama ada anak anda belajar di universiti tempatan atau luar negara.
  • Jenis dan jangka masa kursus yang anak anda akan pelajari.
  • Kadar pertukaran mata wang negara yang anak anda bakal melanjutkan pelajaran.

Anda juga harus mempertimbangkan kesan inflasi pada perbelanjaan anda pada masa akan datang. Andaikan kadar inflasi ialah 4 peratus, kos kursus 4 tahun di Universiti Monash di Australia yang pada masa ini adalah RM408,000* akan meningkat kepada RM735,000 selepas 15 tahun.

 

#2. Mengira Amaun Yang Anda Perlu Menabung

Jika anak anda berumur 4 tahun pada tahun ini, anda mempunyai kira-kira 15 tahun untuk menyediakan satu dana pendidikan sebelum dia memasuki universiti pada umur 19 tahun.

Walaupun anda boleh mengeluarkan wang daripada simpanan akaun II KWSP ana melalui Skim Pengeluaran Pendidikan KWSP, wang ini mungkin tidak mencukupi untuk dana pendidikan anda anda.

 

#3. Mulakan Hari Ini

Melaburlah dengan amaun pelaburan yang banyak dalam unit amanah pilihan anda. Mengamalkan Pemurataan Kos Ringgit (Dollar Cost Averaging) dan meneruskan pelaburan anda setiap bulan.

Mulakan seawal mungkin untuk mendapat manfaat daripada kadar pulangan berganda untuk mencapai jumlah yang diperlukan. Anda perlu menganalisis keperluan perancangan pendidikan untuk mengira amaun yang anda perlu menabung. Ia membolehkan anda:

  • Menilai toleransi risiko kewangan anda.
  • Menganalisis keperluan pendidikan anak anda.
  • Menentukan amaun simpanan yang diperlukan.
  • Membuat taksiran tentang simpanan anda yang sedia ada.
  • Mengenalpasti pilihan pendanaan yang ada.

 

Sumber: Financial Freedom, Education Planning Public Bank

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s