Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hutang merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh hampir semua orang. Ini kerana kebanyakan daripada kita akan membeli rumah sendiri suatu hari kelak manakala sesetengah orang mungkin perlu mengambil pinjaman untuk melanjutkan pelajaran.
Bagaimanapun, terdapat hutang yang lebih penting untuk dibayar berbanding dengan yang lain. Contoh, adalah amat penting untuk anda membayar pinjaman perumahan dengan konsisten kerana kegagalan untuk membuat pembayaran boleh menyebabkan anda kehilangan rumah anda.
Pembayaran bil-bil utiliti juga penting kerana anda akan terputus bekalan sekiranya anda tidak membuat pembayaran.
LIMA Prinsip dalam Menangani Hutang
#1. Anggap semua bayaran bulanan sebagai bayaran tunggal yang besar.
- Kenal pasti dan kira tanggungan kewangan yang anda perlu bayar setiap bulan.
- Sediakan satu belanjawan untuk membayar hutang bulanan anda.
- Teruskan membayar dengan jumlah yang sama setiap bulan.
- Agihkan semula peruntukan dengan jumlah yang setiap bulan.
- Agihkan semula peruntukan anda apabila keadaan berubah dan apabila hutang lain telah habis dibayar.
#2. Cuba untuk membayar sebanyak mungkin bagi pinjaman yang paling kecil.
- Selesaikan dahulu pinjaman yang mempunyai baki terendah, diikuti dengan pinjaman baki kedua terendah, sehingga semua hutang habis dibayar.
- Guna kaedah ‘debt snowball’ untuk mengurangkan jumlah hutang tertunggak.
#3. Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menyelesaikan pinjaman yang mempunyai kadar faedah tertinggi.
- Jika anda mesti menunda membuat pembayaran untuk apa-apa pinjaman, tundakan pinjaman dengan kadar faedah terendah.
- Ini dapat membantu anda menjimatkan lebih banyak wang dalam jangka masa panjang kerana caj faedah yang dikenakan akan menyebabkan hutang anda meningkat dengan kadar yang cepat sekiranya pembayaran tidak dibuat secepat mungkin.
#4. Bandingkan pakej pinjaman untuk mendapatkan kadar faedah terendah.
- Bandingkan pakej-pakej pinjaman berbeza institusi yang ditawarkan oleh institusi – institusi kewangan.
- Dapatkan pakej dengan kadar faedah terendah yang mengira baki pada kadar harian dan juga memberi pilihan untuk ana membuat pembayaran semula dengan awal.
- Ini akan membantu mengurangkan jumlah faedah dibayar dan memendekkan tempoh pemegangan pinjaman.
#5. Jangan sekali bersetuju untuk menjadi penjamin kecuali anda mempunyai wang yang cukup untuk membayar semula pinjaman tersebut.
- Fikir semasak-masaknya sebelum anda bersetuju untuk menjadi penjamin bagi seseorang.
- Jika pinjaman tersebut gagal dibayar, anda mungkin dikehendaki untuk membayar pinjaman tersebut untuk peminjam berkenaan.
Cara-cara untuk mengelak daripada berhutang
Apabila anda telah bebas dari hutang, adalah amat sukar untuk tidak meminjam semula. Jangan berhutang lagi dan amalkan tabiat berbelanja yang baik seperti berikut.
- Jangan beli sesuatu yang anda tidak perlu. Jika anda tidak pasti, tunggu beberapa minggu dan lihat sama ada anda masih memerlukannya.
- Gunakan kad kredit anda jika anda akan membayar sepenuhnya setiap bulan. Gunakan wang tunai atau kad debit untuk pembelian barang.
- Buatlah rancangan simpanan dengan menyimpan sejumlah wang setiap bulan bagi sesuatu yang anda inginkan. Jangan beli sesuatu yang anda tidak mampu.
- Buat dan ikut senarai yang disedikan semasa anda membeli-belah.
- Buat semakan kerap ke atas pendapatan berbanding dengan perbelanjaan bagi memastikan anda memperoleh pendapatan yang lebih tinggi daripada perbelanjaan anda.
Nisbah Hutang : Tanggungan Kewangan / Gaji Bersih X 100%
Secara amnya, paras nisbah hutang yang selamat adalah lebih kurang 35 peratus daripada gaji anda, iaitu 25 peratus adalah pinjaman perumahan anda. Nisbah yang lebih tinggi daripada itu adalah tanda bahawa anda mungkin perlu menilai kewangan anda semula.
Sumber: Financial Freedom, Public Bank