Diari Ejen – Tiada Siapa Yang Mahu Anak Sakit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, baru kali ini diberi kesempatan masa untuk menaip cerita-cerita liku kehidupan saya sebagai seorang ejen (insha Allah, saya mahu menjadi mempunyai agensi sendiri tahun hadapan!)

Sejak minggu lepas, perubahan cuaca – dari hujan ke panas, dari kawasan sejuk (macamlah sejuk sangat) ke kawasan panas, secara kerap boleh mengundang demam / selsema pada diri ini. Ketahuilah bahawa berada dalam keadaan ‘sakit’ adalah sukar, kerana prestasi perniagaan bergantung pada diri saya. Belum tahap bisnes boleh operasi pada fasa automatik.

Hari ini ada seorang rakan saya mengambil polisi Takaful untuk anak beliau. Untuk apa? Untuk kesenangan beliau. Walaupun saya kerapkali menasihatkan ibu bapa supaya bermulalah mencarum polisi Takaful seawal anak berusia 14 hari, tapi bukan semua ibu bapa boleh berfikir ke tahap demikian.

Walaupun lewat beberapa bulan dari kelahiran, lebih baik bermula sekarang daripada bermula lewat tapi sudah ada banyak ‘penyakit’ – diluluskan belum tentu lagi!

Dikhabarkan ekonomi gawat, ini adalah waktu sesuai untuk belajar selok belok kewangan peribadi. Percayalah. Bermula dengan memahami polisi Takaful, menyimpan dana kecemasan, pengurusan hutang dan cara menambah pendapatan.

Anda boleh keluar dari krisis ini dengan bergaya.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s