Diari Ejen – Andai Saya Tiada Bagaimana?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pagi tadi terbangun awal – seawal 5! Akhirnya berjaya juga bangun tanpa ‘alarm’, pada pukul 5 pagi. Apa rahsia? Makanan.

Sejak kebelakangan ini, saya menguruskan tuntutan insurans / takaful yang melibat jumlah wang yang besar. Sehingga RM80,000. Bermacam-macam penyakit pelik hari ini saya tahu. Mungkin ini adalah petunjuk diberi oleh Allah kepada saya, apatah lagi lagi 2 tahun saya masuk ke fasa siri ketiga, yakni umur akan mencecah 30 tahun.

Hujung minggu lepas saya ke Johor Bahru, berjumpa dengan rakan lama dan klien-klien di sana. Bertanya khabar dan paling penting, ada klien yang mahu membuat tuntutan insurans / takaful ‘post-hospitalization’.

Kalau anda pemegang polisi PruBsn Takaful, kad medikal – 90 hari selepas anda keluar sahaja dari hospital, apa sahaja rawatan susulan berkaitan boleh dituntut. Anda bayar dahulu, simpan resit baik-baik dan tulis borang tuntutan (kebiasaan saya yang isi, saya hanya minta klien sign je). Selepas beberapa minggu, dapatlah.

Muncullah satu soalan;

‘Bro, andaikata la kan, kalau kau tak ada macam mana erk prosedur macam ini?’

Soalan ini, sebenarnya saya memang menunggu sesiapa yang bertanya. Sebab saya nak tahu kenapakah soalan ini keluar. Saya tanya semula,

‘Kenapa erk?’.

‘Tak ada lah, selama ini kau yang handle, apa-apa je tanya kau. Sikit-sikit, tanya kau. Kita kan bukan boleh hidup lama pun.’

Hakikatnya, sebagai manusia memang kita tidak akan hidup lama. Begitu juga saya, terus terang prinsip saya dalam dunia insurans / takaful, saya perlu memberi perhatian kepada pelanggan-pelanggan saya. Kenapa? Sebab insurans / takaful atas dasar percaya. Anda kena faham, bahawa kepercayaan bukan boleh dibeli sebegitu sahaja. Ia perlukan masa, ia perlukan usaha.

Menjawab soalan apabila saya tiada, bagaimanakah polisi-polisi yang telah dibeli oleh pelanggan saya? Polisi ini akan diserahkan kepada ejen baru, iaitu orang selepas saya – introducer saya takpun kepada ‘leader’ agensi saya. Beliau akan mengambil tanggungjawab ‘tugas’ saya, apabila saya tiada kelak.

Kalau anda tidak selesa, sebab tak kenal sangat – boleh sahaja tukar kepada ejen yang anda berminat.

 

 

Sebenarnya, minggu lepas ada 3 orang tanya soalan ini!

Saya berfikir sejenak…

Industri ini memang memerlukan orang yang komitmen untuk ‘membantu’, dan dalam tempoh memberi komitmen, saya perlulah menjadi seorang yang sihat dari segi mental dan fizikal saya.

Saya perlu jaga pola pemakanan, apa yang saya makan, bersenam dan pelbagai lagi. Terus terang, saya sekarang cuba mengamalkan pemakanan sayuran hijau yang banyak. Madu pada pagi dan malam. Makanan sunnah sebagai ‘snacking’.

Niat saya menjaga makan, bukan sahaja untuk diri sahaja kekal bertenaga dan sihat, tapi untuk terus membantu orang lain di luar sana. Saya percaya apa yang saya buat, hasilnya bukan dalam bentuk figura jualan semata-mata. Tapi, dalam bentuk lain – ketenangan, kebahagiaan, kewangan dan lebih penting ‘menikmati alam seterusnya’.

Amin, insha Allah.

 

Memberi untuk menerima.

 

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s