Diari Ejen – Tidak Semua Orang Seperti Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa yang saya bakal tulis, adalah suatu yang ‘strong’.

Pernahkah kita duduk satu meja, kita berjumpa orang yang sama cara berfikir. Selepas 5 minit, minum secawan kopi – dari topik politik ke topik lawak, bertukar-tukar pandangan. Anda rasa selesa bercakap dengan orang yang anda jumpa. Kadangkala orang itu anda baru kenal, 10 minit lepas tapi anda selesa untuk bersembang apa jua topik.

Itu adalah keadaan apabila kita bercakap dengan orang yang hampir sama dengan diri kita. Dalam dunia bisnes, bekerjasama dengan orang yang hampir sama dengan diri kita adalah anugerah terbesar – it’s blessing. Tak semua boleh dapat rakan bisnes begitu. Kebiasaannya lain daripada anda – anggap ini adalah cabaran anda.

Saya menganggap ini proses saya ke arah kepimpinan (leadership).

Semalam, saya telah dapat satu mesej dari rakan saya yang mahu menjadi ejen Takaful. Tapi kali ini permintaannya lain;

Boleh tak datang Klang, banyak ayat aku tak faham.

Saya boleh katakan, saya adalah orang yang kuat membaca. Saya seorang yang visual. Membaca adalah perkara rutin saya buat setiap hari. Tahun 2012, sebelum saya menduduki ujian kelayakan insurans (PCEIA), saya hanya perlu belajar 48 jam sebelum waktu masuk bilik ujian. Saya keluar dengan C-emerlang. Itu adalah diri saya.

Bila rakan saya mesej begitu, memang dalam hati saya – aish, apa masalah dia ni?; saya kondem dan mengomel. Sebab saya nak kejar jualan saya, pada yang sama kena recruit pula. Saya cuba mempositifkan diri. Saya buat untuk membantu rakan saya. Itulah niat saya.

Disebabkan niat tadi, saya telah menghabiskan masa hampir 2 jam menyentuh isi kandungan PCEIA (pre contract examination for insurance agent). Selepas itu, perbualan mengenai masa depan dalam industri ini, apa perlu buat selepas habis ujian ini, apa kah potensi lain boleh dapat industri ini dan macam-macam lagi.

Bila saya lihat 2 jam yang saya habiskan masa bersama rakan saya, ada beberapa saya  dapat lihat:

 

1/ Ilmu ini akan semakin tajam, kalau kita kerap kali diajarkan kepada orang lain. Sebelum ini saya lupa apa itu indemniti, sekarang saya ingat balik.

2/ Kalau kita memperbetulkan niat, untuk membantu orang lain, insha Allah jalan dipermudahkan. Sentiasa ada niat yang baik, bukan niat semata-mata kerana duit sahaja.

3/ Hargai kekurangan orang lain. Setiap orang ada kelemahan dan kehebatan sendiri. Saya melihat rakan saya ini berpotensi besar dalam insurans / takaful. Cabarannya adalah untuk memahami perkara asas dunia ini.

4/ Raikan kebolehan orang lain. Bila kita mengajar orang lain, ianya juga proses kita mengenali diri sendiri. Ada kalanya, saya sedar ada perkara yang saya tidak tahu, dan perlu tahu daripada orang lain.

 

Secara jujurnya, hari ini sangatlah ‘kaya’ pengajaran saya terima. Saya doakan, saya ditemukan ramai lagi rakan bisnes yang mahu melibatkan diri dalam industri insurans / takaful ini.

Kalau anda belum ada pengalaman berniaga, mulakan perniagaan dengan kos yang rendah – salah satunya adalah menjadi peluang bisnes insurans / takaful.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s