Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dalam industri insurans / takaful, pemakaian adalah sangat penting. Dari atas seperti baju, aksesori sehingga bahagian bawah – kasut. Kalau si lelaki, kasut kulit adalah aset penting dalam penampilan. Bagaimana dengan perempuan pula? Adakah kasut kulit? Tidak.
Seorang ejen perempuan, apa yang dipakai juga adalah kriteria penting dalam penampilan diri apabila bertemu dengan prospek ataupun klien. Kasut perempuan ada pelbagai jenis, dari seleksi high heels sehinggalah ke paling ringkas – sandal.
Tidak dinafikan bahawa high heels merupakan jenis kasut kegemaran hampir semua wanita. Kasut high heel juga, dikatakan menambah keyakinan pada pemakainya.
Namun, terdapat juga segolongan wanita yang menggemari jenis kasut yang rata atau koleksi flats untuk pemakaian yang lebih selesa. Walaupun pemakaian high heels membuatkan penampilan seseorang wanita itu lebih menyerlah, tetapi ia juga memberikan rasa kurang selesa dan menyebabkan kesakitan pada kaki si pemakai.
Karier seorang ejen, bagi saya adalah sangat ‘lasak’. Anda banyak bergerak dan berjalan. Setiap hari, seorang ejen yang produktif akan berjumpa tiga orang klien sekurang-kurangnya, setiap hari. Atas faktor itu, high heel bukanlah pilihan yang terbaik kalau difikirkan.
Oleh yang demikian, koleksi sandals sering menjadi pilihan mereka yang inginkan perjalanan yang lebih lancar dan berikut merupakan fesyen sandal wanita model terbaru yang boleh anda gayakan untuk kekal selesa.
Di sini saya senaraikan EMPAT jenis sandal yang sangat sesuai, iaitu:
- Strappy Sandal
- Single Strap Sandal
- Studded Sandal
- Jelly Sandal
#1. Strappy Sandals
Koleksi sandal wanita yang paling digemari ramai adalah jenis strappy sandals atau sandal bertali seperti berikut. Ini kerana ia bukan sahaja mempunyai struktur yang rata, malah rekaan bertali juga memberikan sokongan kepada kaki anda ketika berjalan.
#2. Single Strap Sandals
Pilihan seterusnya adalah koleksi single strap sandals yang juga kini trending dikalangan golongan wanita muda. Ia semestinya memberikan keselesaan yang optimum kepada si pemakai.
#3. Studded Sandals
Rekaan jenis ini pernah menjadi pilihan ramai wanita suatu ketika dahulu dan kini kembali diminati terutama sekali bagi mereka yang ingin bergaya ranggi.
#4. Jelly Sandals
Dan fesyen sandal wanita yang berikutnya adalah koleksi jelly sandals yang semestinya dijamin selesa untuk dipakai. Material sandals yang flexible adalah lembut pada kaki dan tidak memberikan sebarang kesakitan.
Saya tidak menjual sandals di atas, tapi anda boleh pergi Zalora untuk melihat koleksi fesyen sandal wanita terbaru.
Fesyen penting, keselesaan pun penting.
Adib Yazid